SPH Logo mobile
Langgan|

Pemimpin negara, penduduk keluar mengundi

Pemimpin negara, penduduk keluar mengundi

Sep 1, 2023 | 8:12 PM

Pemimpin negara, penduduk keluar mengundi

TURUT SERTA UNDI: Presiden kelapan Singapura, Puan Halimah Yacob, tiba di Sekolah Menengah Chung Cheng pada sekitar 8.15 pagi untuk mengundi dan memilih peggantinya.
TURUT SERTA UNDI: Presiden kelapan Singapura, Puan Halimah Yacob, tiba di Sekolah Menengah Chung Cheng pada sekitar 8.15 pagi untuk mengundi dan memilih peggantinya. - Foto ST

Pemimpin negara dan penduduk kelihatan di pusat-pusat mengundi masing-masing untuk memilih Presiden seterusnya.

Antara pemimpin negara tersebut ialah Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Sekitar 8.15 pagi, Presiden Halimah Yacob dan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, tiba di pusat mengundi di Sekolah Menengah Chung Cheng untuk mengundi. Mereka meninggalkan sekolah itu sekitar 8.45 pagi.

Encik Lee dan isterinya, Cik Ho Ching, tiba di Sekolah Perempuan Crescent di Tanglin untuk mengundi pada 9.25 pagi. Mereka meninggalkan sekolah itu sekitar 9.40 pagi.

Sehingga 5 petang, 2,302,996 rakyat Singapura – atau kira-kira 85 peratus daripada jumlah pengundi yang layak – telah mengundi, kata Jabatan Pilihan Raya (ELD).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg