Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penaung seni sumbang $50.2j, diberi penghargaan

Aug 20, 2024 | 8:00 PM
Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, hadir sebagai tetamu terhormat semasa Majlis Penaung Seni 2024 di Hotel Pan Pacific Orchard pada 20 Ogos.
Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, hadir sebagai tetamu terhormat semasa Majlis Penaung Seni 2024 di Hotel Pan Pacific Orchard pada 20 Ogos. - Foto fail

Tahun 2024 mencatatkan rekod baru bagi bidang seni, dengan jumlah sumbangan sebanyak $50.2 juta dari 506 penderma diberi pengiktirafan di Majlis Penaung Seni (POAA) 2024.

Ini merupakan sumbangan terbesar setakat ini berbanding tiga tahun lalu, di mana ia merosot kepada $32.1 juta pada 2021 daripada $39.1 juta pada 2020.

Penderma diberi penghargaan di Hotel Pan Pacific Orchard pada 20 Ogos, di mana Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, merangkap Menteri Kedua Undang-undang Encik Edwin Tong, turut hadir sebagai tetamu terhormat pada majlis itu.

Menurut Encik Tong, seni dapat membina hubungan yang merentasi pelbagai masyarakat, serta menjadi sumber inspirasi kepada pemikiran kritikal.

“Sokongan padu pengunjung merupakan satu pengiktirafan terhadap kepentingan seni kepada masyarakat kita,” kata Encik Tong.

Seiring itu, menurut Encik Tong, bidang seni bakal memperkaya kehidupan dan membentuk masyarakat terangkum.

Selain sumbangan wang tunai, lebih ramai telah mempelbagaikan sokongan mereka dengan menawarkan kepakaran mereka dalam bidang seperti pemasaran, teknologi dan perakaunan.

“Budaya memberi ini penting dalam membina ekosistem seni yang mampan –– satu ekosistem yang memupuk kreativiti, mengukuhkan ikatan masyarakat, dan memastikan seni terus berkembang maju untuk generasi akan datang.” tambah Encik Tong.

Tahun ini, terdapat sejumlah 506 penaung bagi Anugerah Penaung Seni (POAA), yang mengiktiraf sumbangan besar mereka yang dibuat antara 1 Januari dengan 31 Disember 2023.

Ini merupakan jumlah penaung terbesar yang diberi penghormatan sejak anugerah itu diwujudkan pada 1983.

Antaranya, UOB sekali lagi diiktiraf sebagai Darjah Utama Penaung Kesenian (Korporat) bagi menghargai sumbangan cemerlang mereka sebanyak $5.6 juta kepada ekosistem seni Singapura.

Ini merupakan sumbangan tunai tertinggi oleh sebuah perbadanan tahun ini dan menandakan kali ke-22 bank itu dianugerahkan status penaung unggul.

Penaung baru, Enciik Yahssir M, juga diiktiraf sebagai rakan seni kerana menyediakan kepakaran dalam penggambaran, penyuntingan, rakaman audio dan proses pascaproduksi bagi Maya Dance Theatre Ltd ‘s Seeds di sini.

Bentuk pemberian yang pelbagai seperti sumbangan karya seni kepada perkongsian kemahiran merapatkan jurang antara swasta dan pengalaman seni awam, meningkatkan celik seni dan meluaskan akses kepada amalan seni yang terkenal.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Kebangsaan (NAC), Encik Low Eng Teong, turut mencatatkan kepentingan sumbangan kepada bidang seni dalam Singapura.

“Kami amat menggalakkan lebih ramai menyertai kami dalam meningkatkan kesan sosial seni.

“Bersama-sama, kita boleh memperjuangkan bakat tempatan kita dan mengembangkan khalayak sebagai sebahagian daripada kitaran memberi untuk mewujudkan satu adegan seni yang bertenaga dan mampan,“ kata Encik Low.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg