Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pencinta seni dan sastera Melayu

Aug 2, 2023 | 5:30 AM
ENCIK AFI HANAFI: Penggiat seni ini mahir bersyair dan mempunyai minat mendalam terhadap muzik tradisional Melayu.
ENCIK AFI HANAFI: Penggiat seni ini mahir bersyair dan mempunyai minat mendalam terhadap muzik tradisional Melayu. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Minatnya terhadap seni muzik tradisional Melayu dan usahanya membuat persembahan syair, bermakna Encik Hanafi Idrus telah memberi sumbangan kepada usaha mengembangkan penggunaan bahasa ibundanya itu di mana sahaja beliau berada.

Justeru tidak mengejutkan beliau antara yang dilantik sebagai Duta Bahasa untuk Bulan Bahasa 2023.

Encik Hanafi, yang juga dikenali dengan nama pentas Afi Hanafi berkata, rasa cintanya terhadap seni dan kesusasteraan Melayu begitu mendalam sehingga beliau rasa bertanggungjawab untuk menyebarkan kesedaran mengenai kesusasteraan dan kesenian Melayu kepada generasi muda.

Beliau, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Aktiviti Melayu (MAEC) di Kelab Masyarakat Tampines West sejak 2016 juga telah menubuhkan beberapa kumpulan seni seperti Orkestra Sri Temasek, Permaisura, dan Syairpura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg