Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pendakwa kendali kes hukuman mati perlu jalani ujian kesihatan mental

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendakwa kendali kes hukuman mati perlu jalani ujian kesihatan mental

Jan 08, 2024 | 05:58 PM



Pihak pendakwa raya yang mengendalikan kes melibatkan hukuman mati kini perlu mendaftarkan diri dengan pakar psikologi dalaman dalam satu inisiatif Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk menyokong kesejahteraan mental pegawainya.

Peguam Negara, Encik Lucien Wong, mengumumkan inisiatif itu pada 8 Januari dalam ucapannya dalam satu majlis bagi menandakan permulaan tahun baru perundangan di sini.

Beliau berkata sepasukan pegawai AGC telah dilatih sebagai parakaunselor untuk bertindak sebagai barisan sokongan pertama apabila pihak pendakwa menghadapi insiden traumatik semasa menjalankan tugas mereka.

​Sebuah portal sehenti juga akan menawarkan sumber seperti rangkaian sokongan, video kesihatan serta teknik pengenduran, lapor The Straits Times (ST).


Selain itu, bengkel-bengkel akan kerap dianjurkan untuk membantu penyelia mengenal pasti dan menangani isu kesihatan mental dalam pasukan mereka dengan lebih baik.

Encik Wong berkata: “Semua inisiatif ini diasaskan atas pengiktirafan bahawa trauma sekunder dan trauma gantian mempengaruhi profesion undang-undang, dan setiap organisasi di pelbagai peringkat, dengan cara yang berbeza.”

Beliau menambah, beberapa inisiatif akan disasarkan kepada pendakwa di bahagian jenayah AGC, kerana mereka adalah pegawai perkhidmatan undang-undang paling terdedah kepada trauma mangsa, dan kepada isu kesihatan mental serta sosial yang dihadapi oleh tertuduh.

Beliau berkata pegawai-pegawai itu mungkin perlu memeriksa bahan traumatik untuk tujuan proses jenayah, atau meminta mangsa atau tertuduh memberikan butiran trauma.

Encik Wong memberi contoh kisah seorang pendakwa yang berkata beliau tidak akan melupakan tangisan kanak-kanak daripada video yang disemaknya dalam kes penderaan seksual.

Beliau menambah: “Oleh itu adalah penting untuk kami menyokong kesejahteraan mental pendakwa kami, dengan menghilangkan stigma isu kesihatan mental dan menggalakkan mendapatkan bantuan untuk isu tersebut.”

Bersependapat, Cik Lisa Sam, presiden Persatuan Undang-Undang Singapura yang baru dilantik, berkata pertubuhan itu komited menjaga kesejahteraan mental dan sosial ahlinya, terutama ahli yang masih muda.

Beliau menekankan bahawa peguam dan hakim bekerja dalam tempoh waktu yang panjang, selalunya berlanjutan hingga ke hujung minggu, cuti umum dan cuti keluarga di luar negara.

“Waktu kerja sepanjang masa ini memerlukan kos, sering mengganggu keseimbangan dan keharmonian antara komitmen kami yang lain sebagai ibu bapa, anak kepada ibu bapa yang semakin tua, adik beradik atau ahli keluarga kepada ahli keluarga lain yang memerlukan, dan sebagai sukarelawan,” jelas beliau.

Cik Sam menambah Persatuan Undang-Undang merancang mengeluarkan nota panduan bagi membantu peguam mengekalkan amalan undang-undang yang mampan sambil mematuhi kewajipan undang-undang dan etika yang terhutang kepada mahkamah.

Persatuan itu mempunyai skim sokongan sedia ada lain untuk ahlinya, termasuk talian bantuan bagi mereka yang menghadapi isu di tempat kerja dan kaunseling yang ditadbir bersama penyedia perkhidmatan pihak ketiga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >