Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kes serang di Orchard Central: Lelaki dituduh guna senjata cederakan 6

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes serang di Orchard Central: Lelaki dituduh guna senjata cederakan 6

Jan 04, 2024 | 04:44 PM



Seorang lelaki telah dihadapkan ke mahkamah pada 4 Januari dan dituduh menggunakan sejenis alat yang tidak diketahui, untuk menikam atau mengelar, bagi mencederakan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di Orchard Central pada 1 Januari lalu.

Kejadian itu turut mengakibatkan lima yang lain cedera dan menyebabkan keenam-enam mereka dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) untuk dirawat.

Menurut dokumen pertuduhan, Adam Hambali Seddon, 30 tahun, didakwa menyebabkan kecederaan dengan sengaja ke atas Encik Carmelo Joshua Emilio Esmond D’Sylva, menggunakan alat yang tidak diketahui untuk menikam atau mengelar – yang apabila digunakan sebagai senjata, berkemungkinan menyebabkan kematian.

Dokumen mahkamah menyatakan serangan itu berlaku pada kira-kira 4 pagi berhampiran kelab joget, Ark11, di tingkat 11 pusat beli-belah berkenaan.

Seddon juga dinyatakan telah melanggar syarat pelepasan awal dengan berkelakuan baik dan tidak melakukan sebarang kesalahan, yang dia harus patuhi, antara 12 Ogos 2023 hingga 10 Disember 2024.

Pihak pendakwaan memohon agar Seddon ditahan reman selama seminggu untuk siasatan dan membantu polis mengesan rakan sejenayahnya, jika ada.

Seddon yang hadir di mahkamah menerusi video sekitar tengah hari, memohon kepada mahkamah supaya dia dibebaskan dengan ikat jamin.

Pendakwa raya berkata sebarang permohonan untuk ikat jamin boleh dikaji selepas remannya.

Kes Seddon akan didengar semula pada 11 Januari.

Dalam satu kenyataan pada 3 Januari, pihak polis menyatakan siasatan awal menunjukkan kejadian serangan antara Seddon dan seorang mangsa lelaki berusia 18 tahun berlaku menyusuli insiden ‘merenung’ antara kedua-dua mereka.

Seddon didakwa menyerang remaja tersebut, sebelum menyerang empat lelaki lain dan seorang wanita berusia 27 tahun, yang cuba menghentikan pertengkaran tersebut.

Kesemua enam mangsa, berusia antara 18 dengan 30 tahun, dirawat di SGH.

Pihak polis berkata kesemua mereka sudah dibenarkan pulang.

Seddon, yang melarikan diri dari tempat kejadian sebelum ketibaan polis, ditahan pada 2 Januari oleh pegawai Divisyen Polis Tanglin selepas mengenal pastinya menggunakan kamera polis.

Kesan darah dapat dilihat di pelbagai tempat di tingkat 11 pusat beli-belah tersebut sehari selepas kejadian itu berlaku.

Mereka yang disabitkan kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata yang berbahaya, boleh dipenjara hingga tujuh tahun, didenda, dirotan, atau menerima sebarang kombinasi hukuman sedemikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >