Pendidikan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fiesta tanam rasa cinta bahasa, budaya Melayu dalam diri pelajar

Jul 26, 2025 | 5:12 PM
Dr Syed Harun Alhabsyi, MLLPC, Fiesta Bahasa 2025, Deyi Secondary School
Edisi ke-10 acara Fiesta Bahasa anjuran Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) diadakan di Anjung@Wisma Geylang Serai (WGS) pada 26 Julai. Pengerusi MLLPC yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Dr Syed Harun Alhabsyi (dua dari kanan) selaku tetamu terhormat sedang berinteraksi dengan pelajar Sekolah Menengah Deyi, antara sekolah yang menyertai dalam 12 reruai pembelajaran interaktif di acara tersebut. Selain itu, terdapat pertandingan Cipta Kata, persembahan dikir barat oleh kumpulan Adisiswa daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) dan tarian tradisional oleh pelajar Sekolah Menengah Marsiling. Dr Syed Harun berkata acara yang dihadiri 1,400 pengunjung itu, merupakan wadah yang menyeronokkan bagi para pelajar untuk menggunakan bahasa Melayu dalam suasana ceria dan autentik.  - Foto MLLPC
Di acara Fiesta Bahasa 2025, 350 hadirin termasuk pelajar sekolah, ibu bapa, guru-guru dan orang awam berkumpul untuk mencipta Buku Rekod Singapura untuk bilangan terbesar peserta menyertai tarian tradisional Melayu beramai-ramai sambil menyanyikan lagu ‘Orang Singapura’ oleh Allahyarham Zubir Said.
Di acara Fiesta Bahasa 2025, 350 hadirin termasuk pelajar sekolah, ibu bapa, guru-guru dan orang awam berkumpul untuk mencipta Buku Rekod Singapura untuk bilangan terbesar peserta menyertai tarian tradisional Melayu beramai-ramai sambil menyanyikan lagu ‘Orang Singapura’ oleh Allahyarham Zubir Said. - Foto MLLPC

Edisi ke-10 acara Fiesta Bahasa anjuran Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) diadakan di Anjung @ Wisma Geylang Serai (WGS) pada 26 Julai. 

Pengerusi MLLPC yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Dr Syed Harun Alhabsyi selaku tetamu terhormat berinteraksi dengan pelajar termasuk dari Sekolah Menengah Deyi, antara sekolah yang menyertai dalam 12 reruai pembelajaran interaktif di acara tersebut.

Selain itu, terdapat pertandingan Cipta Kata, persembahan dikir barat oleh kumpulan Adisiswa daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) dan tarian tradisional oleh pelajar Sekolah Menengah Marsiling.

Dr Syed Harun berkata acara yang dihadiri 1,400 pengunjung itu, merupakan wadah yang menyeronokkan bagi para pelajar untuk menggunakan bahasa Melayu dalam suasana ceria dan autentik.

Semasa acara itu, seramai 350 hadirin termasuk pelajar sekolah, ibu bapa, guru-guru dan orang awam berkumpul untuk mencipta Buku Rekod Singapura bagi bilangan terbesar peserta menyertai tarian tradisional Melayu beramai-ramai sambil menyanyikan lagu Orang Singapura oleh Allahyarham Zubir Said.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg