Pemerintah naikkan dana sokong usaha kedwibahasaan kepada $33j

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemerintah naikkan dana sokong usaha kedwibahasaan kepada $33j

Syed Harun: Dana dipertingkatkan untuk sokong program pemerkasaan Bahasa Ibunda bagi pelajar dan ibu bapa
Mar 3, 2026 | 8:11 PM

Pemerintah naikkan dana sokong usaha kedwibahasaan kepada $33j

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
COS, pemerkasaan Bahasa Ibunda, Syed Harun
Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi, berkata pemerintah akan meningkatkan dana bagi menyokong usaha pemerkasaan kedwibahasaan yang dijalankan MTLLPC kepada $33 juta. - Foto MDDI

Pemerintah akan meningkatkan peruntukan dana bagi menyokong usaha pemerkasaan kedwibahasaan yang dijalankan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Ibunda (MTLLPC) kepada $33 juta.

Peruntukan ini meliputi tahun kewangan 2026 hingga 2030 – lebih tinggi berbanding $30 juta yang diperuntukkan bagi tahun kewangan 2021 hingga 2025, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi.

Dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pendidikan (MOE) di Parlimen pada 3 Mac, Dr Syed Harun berkata dana ini akan menyokong pelbagai aktiviti dan program terkait dengan pembelajaran Bahasa Ibunda (MTL) bagi pelajar dan ibu bapa.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada usulan yang diutarakan Dr Hamid Razak (GRC West Coast-Jurong West) berhubung penggunaan MTL yang harus diteruskan luar dari ruang kelas semata-mata.

Dr Syed Harun berkata: “Proses mempelajari MTL tidak semestinya terkait dengan kesempurnaan.

“Ia adalah perkongsian, dalam Bahasa Ibunda, kisah-kisah kita, asal usul, warisan dan budaya bersama anak-anak kita dan generasi yang akan datang.”

Oleh demikian, beliau berkata dana pembiayaan kali ini akan tertumpu pada usaha menyokong ibu bapa dalam fasa awal pembangunan kanak-kanak memandangkan fasa itu amat kritikal bagi pembangunan bahasa si anak.

Salah satu usaha yang akan dijalankan mulai Jun adalah bengkel percuma kendalian guru MTL bagi prasekolah, hasil kerjasama antara MTLLPC dengan Kelab Masyarakat.

Menurutnya, usaha tersebut bertujuan membantu ibu bapa menyepadukan MTL dalam komunikasi harian bersama anak-anak mereka.

Sungguhpun demikian, Dr Syed Harun akur pembelajaran MTL di dalam bilik darjah merupakan usaha yang harus sentiasa dipertingkatkan bagi pelajar, baik mereka di peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah.

Beliau mengetengahkan contoh yang telah dijalankan MOE sejauh ini merangkumi pendekatan pembelajaran lebih tersuai seperti MTL Soar bagi sekolah rendah dan semakan kepada kriteria kelayakan yang diperluas bagi MTL lebih tinggi agar lebih ramai pelajar sekolah menengah dapat mengambil mata pelajaran tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg