Pendidikan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Permohonan masuk sekolah menengah, JC secara langsung dibuka mulai 7 Mei

May 6, 2025 | 5:03 PM
Para pelajar yang memohon kemasukan secara langsung (DSA) tetap perlu menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) atau peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat ‘O’.
Para pelajar yang memohon kemasukan secara langsung (DSA) tetap perlu menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) atau peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat ‘O’. - Foto ST

Para pelajar yang ingin memohon kemasukan langsung ke sekolah menengah dan maktab rendah (JC) boleh berbuat demikian mulai 7 Mei.

Mereka yang ingin memohon kemasukan awal ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh berbuat demikian mulai 20 Mei dan politeknik pula bermula pada 2 Jun, lapor The Straits Times (ST).

Kementerian Pendidikan (MOE) pada 6 Mei berkata skim Pengambilan Masuk ke Sekolah Secara Langsung (DSA) membolehkan pelajar mendapat tempat di sekolah menengah dan JC berdasarkan minat dan bakat mereka, melangkaui pencapaian peperiksaan peringkat nasional mereka.

Pelajar akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah yang telah mereka mohon.

Sekolah boleh menerima sehingga 20 peratus pelajar mereka melalui DSA, kata MOE.

Menurut semakan ST, 142 sekolah menengah dan 20 JC akan membuka permohonan DSA.

Pelajar yang memohon DSA perlu menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) atau peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat ‘O’.

Jika tawaran DSA diberikan oleh sekolah yang dipilih, pelajar mempunyai sehingga tarikh akhir yang dinyatakan atau sebelum keputusan peperiksaan peringkat nasional diumumkan.

Bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah, mereka akan dijamin mendapat tempat di sekolah pilihan masing-masing, dengan syarat mereka memenuhi syarat minimum.

MOE menempatkan pelajar ke sekolah menengah menerusi tiga kumpulan – G1 bagi aliran Normal (Teknikal), G2 bagi aliran Normal (Akademik) dan G3 bagi aliran Ekspres.

Mereka yang memohon ke JC juga akan dijamin mendapat tempat dengan syarat keputusan peperiksaan peringkat ‘O’ mereka memenuhi syarat minimum.

Murid sekolah rendah dan ibu bapa mereka boleh mengemukakan permohonan DSA melalui www.moe.gov.sg/dsa-sec dari 11 pagi pada 7 Mei hingga 3 petang pada 3 Jun.

Pemohon perlu mengisi hanya satu borang dalam talian dan boleh memilih sehingga tiga pilihan sekolah dan bidang bakat yang ditawarkan oleh sekolah pilihan mereka.

Pelajar yang memohon DSA ke JC boleh melayari laman web www.moe.gov.sg/dsa-jc atau layari laman web JC pilihan itu sendiri untuk maklumat lanjut.

Permohonan Kemasukan Awal (EAE) adalah bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran di ITE atau politeknik.

Pelajar lepasan sekolah menengah yang ingin memasuki ITE boleh layari laman web https://www.ite.edu.sg/apply-eae untuk maklumat lanjut.

Permohonan akan dibuka dari 20 hingga 26 Mei.

Sementara itu, pelajar lepasan peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ yang ingin memasuki politeknik boleh mengemukakan permohonan EAE mereka dari 26 Jun hingga 2 Julai, manakala pelajar tahun akhir ITE boleh menghantarnya dari 12 hingga 18 Jun.

Pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web https://eae.polytechnic.edu.sg/

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg