Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Penduduk bimbang kayu terjuntai di taman permainan kanak-kanak Woodlands

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk bimbang kayu terjuntai di taman permainan kanak-kanak Woodlands

Dec 22, 2023 | 09:09 AM



Segmen junjung pada bumbung dilihat terjuntai dan kelihatan boleh tumbang pada bila-bila masa selepas salah satu sambungan patah daripada tiang utama.

Dalam satu catatan Facebook Complaint Singapore oleh pengguna Dino Dsuzair pada 21 Disember, beliau menyatakan pita yang pada awalnya diletakkan sebagai kepungan untuk menghalang penduduk ke kawasan itu telah terlepas daripada ikatannya.


Menurutnya, ia bakal mengundang bahaya kepada penduduk, khususnya kanak-kanak, yang mungkin secara tidak sengaja berjalan di bawah bahagian bumbung terjejas.

Pengurus bangunan berusia 33 tahun itu berkata: “Gunakan kepungan jaring, hadangan pembinaan atau sekat seluruh kawasan sekiranya ia memerlukan tempoh masa untuk memperbaiki junjung pada bumbung yang rosak.”

Berkongsi dengan Berita Harian (BH), Encik Dino, atau nama sebenarnya Encik Dino Uzair, menjelaskan junjung yang rosak itu terletak di tempat permainan kanak-kanak berdekatan Blok 711, Woodlands Drive 70.


Bahagian yang rosak itu disebabkan dahan pokok yang tumbang semasa kerja-kerja pemangkasan pokok pada 16 Disember, tambahnya.

“Saya khuatir kalau ada budak-budak yang main dan secara tidak sengaja masuk ke kawasan terjejas, ia (boleh mengundang) kemalangan kalau bahagian itu runtuh,” ujarnya, yang menetap di salah satu blok HDB berhampiran lokasi terjejas.

Ayah dua orang anak itu berkata laporan telah dibuat pada 21 Disember kepada Majlis Bandaran Sembawang, yang menyelenggara kemudahan awam di kawasan itu, untuk membuat susulan.

Menjawab pertanyaan BH, Majlis Bandaran Sembawang menyatakan ia telah memasang penghadang sejak minggu sebelum ini.

Namun disebabkan hujan lebat, penghadang “pita merah yang menandakan kawasan ditetapkan telah tertanggal”.

“Kami sedang mengambil langkah memasang semula penghadang dan telah menghubungi kontraktor untuk membaiki trellis yang rosak dalam beberapa hari akan datang,” jelas majlis itu.

Pada September, tiga orang dibawa ke hospital setelah sebuah pokok tumbang dan menghempap bumbung lori yang dipercayai sedang melalui Ophir Road.

Menurut laporan The Straits Times, kejadian itu berlaku sekitar 7 malam semasa hujan lebat.


Sekitar 9.30 malam, kesemua laluan telah dibuka semula kepada trafik kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan bagi bantuan pada 6.35 petang pada Khamis dan apabila pegawainya tiba, sebuah lori dilihat ditindih di bawah pokok yang tumbang itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >