Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk Marsiling, Woodgrove raih manfaat perkhidmatan bas baru 967

Jan 12, 2025 | 6:01 PM
Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee GRC, Encik Zaqy Mohamad (kiri) dan Cik Hany Soh (dua dari kiri) bergambar bersama penumpang bas perkhidmatan baru 967.
Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee GRC, Encik Zaqy Mohamad (kiri) dan Cik Hany Soh (dua dari kiri) bergambar bersama penumpang bas perkhidmatan baru 967. - Foto ZAOBAO
Perkhidmatan bas 967 akan beroperasi dari Pusat Tukaran Bas Sementara Woodlands dan melalui Woodlands Avenue 3 serta Avenue 1, sebelum membuat pusingan kembali sepanjang Woodlands Drive 17.
Perkhidmatan bas 967 akan beroperasi dari Pusat Tukaran Bas Sementara Woodlands dan melalui Woodlands Avenue 3 serta Avenue 1, sebelum membuat pusingan kembali sepanjang Woodlands Drive 17. - Foto SMRT

Senyuman jelas terukir di wajah para penumpang menggunakan perkhidmatan bas baru 967, yang dilancarkan di Pusat Tukaran Bas Sementara Woodlands pada 12 Januari.

Perkhidmatan bas itu diperkenalkan bagi memenuhi keperluan para penumpang dengan meningkatkan ketersambungan kepada stesen MRT Marsiling dan Woodlands South serta kemudahan seperti Kampus Kesihatan Woodlands.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, berharap perkhidmatan tersebut dapat meningkatkan akses penduduk Woodgrove dengan kemudahan di Marsiling.

Beliau yang juga Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Marsiling-Yew Tee berkata perkhidmatan 967 adalah sebahagian daripada Program Mempertingkat Ketersambungan Bas, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

“Dengan perkhidmatan bas baru ini, ia bakal meningkatkan ketersediaan dan kemudahan pengangkutan awam untuk kededua lokasi ini,” kata Encik Zaqy.

Menurut kenyataan media oleh SMRT pada 10 Disember, perkhidmatan bas 967 akan beroperasi dari Pusat Tukaran Bas Sementara Woodlands dan melalui Woodlands Avenue 3 dan Avenue 1, sebelum membuat pusingan kembali sepanjang Woodlands Drive 17.

AP bagi GRC Marsiling-Yew Tee, Cik Hany Soh, turut hadir semasa pelancaran perkhidmatan bas tersebut.

“Ini adalah satu langkah penting untuk memastikan para penumpang mempunyai pilihan pengangkutan yang lebih mudah dan selesa.

“Perkhidmatan ini adalah tindak balas langsung kepada maklum balas dan keperluan masyarakat, yang memperkukuhkan komitmen pemerintah untuk menghargai suara penduduk,” kata Cik Hany.

Menurutnya pelancaran ini adalah hasil daripada permintaan penduduk yang mahukan ketersambungan yang lebih baik antara Woodgrove dengan Marsiling.

Antara penduduk yang bakal nikmati manfaat oleh perkhidmatan baru ini ialah Rayyan Zafrul Ridzwan, 11 tahun, yang merupakan antara penumpang pertama yang menaiki perkhidmatan bas 967 pada hari pelancaran.

Sebagai penduduk Woodlands, perkhidmatan bas baru itu akan memberi banyak manfaat kepadanya.

“Saya sering mengunjungi kawan-kawan saya di Woodgrove. Dengan perkhidmatan bas ini, saya boleh melawat mereka lebih kerap dan dengan lebih mudah,” kata Rayyan.

Seiring dengan pelancaran Perkhidmatan Bas 967 yang baru, hari terakhir operasi perkhidmatan 912M adalah pada 10 Januari.

Menurut kenyataan media oleh SMRT, para penumpang masih boleh terus menggunakan perkhidmatan 912/912B.

Bercakap kepada Berita Harian (BH) selepas acara pelancaran tersebut, Encik Zaqy turut berkongsi harapannya atas pembangunan projek Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura.

Dijadual siap menjelang akhir 2026, RTS Link akan mempunyai kapasiti puncak 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah.

Setelah siap, ia akan mengurangkan kesesakan di kededua pusat pemeriksaan darat yang menyaksikan aliran trafik harian sekitar 300,000 orang.

“Apabila projek ini siap pada 2026, saya berharap ia dapat meningkatkan kemudahan dan kelancaran perjalanan ulang-alik bagi penduduk antara Singapura dengan Johor,” kata Encik Zaqy.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg