Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Penduduk Punggol anjur konsert amal kumpul dana untuk Gaza

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk Punggol anjur konsert amal kumpul dana untuk Gaza

Jan 07, 2024 | 07:01 PM



Satu konsert amal telah diadakan di Kelab Masyarakat Punggol 21 pada 7 Januari bagi membantu mengumpul dana untuk masyarakat yang terjejas oleh serangan di Gaza. 

Dianjurkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) kelab masyarakat Punggol 21 dan Dana Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat (CDWF) Punggol Shore, konsert, ‘One Heart, One Beat @ Punggol Shore’ itu menampilkan barisan persembahan daripada beberapa bakat setempat. 

Antara yang membuat persembahan pada acara tersebut termasuk penyanyi, Aisyah Aziz dan Hazrul Nizam.

Turut hadir sebagai tetamu terhormat adalah Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng. 

Dr Tan berada di Punggol bagi lawatan masyarakat menteri (MCV) yang dihoskan oleh Penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) GRC Pasir Ris-Punggol, Cik Yeo Wan Ling.

Hasil dana yang disumbangkan menerusi konsert itu akan disalurkan kepada Palang Merah Singapura bagi menyokong usaha kemanusiaan di Jaluran Gaza.

Menerusi konsert itu, Cik Yeo berkata pihak penganjur berharap dapat mencapai sasaran mengumpulkan $50,000.

“Penduduk Punggol merupakan golongan yang sangat prihatin dan mesra, dan apabila mereka mendengar tentang apa yang sedang berlaku di Gaza, mereka datang kepada saya tentang keinginan mereka mahu melakukan lebih banyak lagi sebagai sebuah masyarakat, terutamanya atas sebab bantuan kemanusiaan.

“Dan itulah sebab mengapa kami memutuskan bahawa kami akan bersatu sebagai satu keluarga Punggol untuk menganjurkan konsert ini, supaya kami benar-benar boleh melakukan kebaikan, mengumpul dana untuk membantu keluarga yang terjejas di kawasan itu,” kata Cik Yeo. 

Cik Yeo menambah bahawa konsert tersebut adalah contoh pelbagai kegiatan seni yang diadakan dan merupakan sebahagian daripada daya usaha memupuk budaya kesenian di kawasan Punggol Shore.

Pengerusi MAEC kelab masyarakat Punggol 21, Cik Hairani Talib, berkata beliau teruja melihat sokongan yang diberikan daripada penduduk Punggol untuk menghadiri konsert tersebut. 

“Kami ingin menganjurkan sesuatu yang bermanfaat dan dana yang berjaya dikumpulkan akan disalurkan kepada Palang Merah Singapura untuk membantu mangsa-mangsa yang terjejas di Gaza.

“Menerusi inisiatif seperti ini, ia menunjukkan bahawa masyarakat di Singapura, tidak kira bangsa atau agama, juga prihatin dengan apa yang sedang berlaku,” ujarnya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >