Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Penduduk Punggol Shore sertai bengkel kebun, belajar amalan mampan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Penduduk Punggol Shore sertai bengkel kebun, belajar amalan mampan

Jan 07, 2024 | 06:56 PM



Hujan lebat pada pagi 7 Januari tidak menghalang beberapa penduduk Punggol dan juga dari estet kejiranan berdekatan, untuk turun ke City Sprouts@Punggol bagi menyertai bengkel berkebun sambil mempelajari tentang pertanian dalam bandar serta amalan kelestarian.

Encik Shahrin Mashoed bersama isteri dan dua anak kecil mereka yang berusia lapan dan 10 tahun, telah ke sana dari Bedok untuk mengambil bahagian dalam bengkel di mana mereka belajar cara membuat alat penanam siraman kendiri serta penanam yang dibuat dengan bahan yang boleh dikitar semula. 

“Isteri saya tahu tentang bengkel ini menerusi satu catatan di Facebook dan kami mengambil keputusan untuk ke sini kerana kedua-dua anak kami minat tentang perkara yang berkaitan dengan tanaman dan berkebun.

“Ia adalah peluang yang baik untuk mereka belajar tentang pertanian dalam bandar dan juga bagaimana kita boleh menjadi sebuah masyarakat yang mampan.

“Aktiviti yang berfaedah sebegini memang baik untuk penduduk dan mungkin satu usaha yang boleh dicontohi di estet kejiranan lain,” katanya.







Bengkel tersebut merupakan antara daya usaha yang dipamerkan semasa lawatan masyarakat menteri (MCV) oleh Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, ke kawasan Punggol Shore pada 7 Januari. 

Lawatan yang dihoskan oleh Penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Pasir Ris-Punggol GRC Cik Yeo Wan Ling, mempamerkan komitmen kawasan kejiranan itu terhadap seni, kelestarian dan penjagaan masyarakat – memberi tumpuan pada daya usaha teras Punggol Shore iaitu ‘Arts Through Appreciation’, ‘Bloom With Sustainability’, dan ‘Care for the Community’.

Semasa lawatan itu, Dr Tan turut diberi peluang melihat pelbagai ladang kecil dan kolam eko dalam ruang riadah terkini di sempadan Punggol Shore, untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana setiap ladang itu, dengan cara mereka sendiri, menyumbang dalam menjadikan Singapura sebuah negara yang lebih mampan. 

Dalam pada itu, beliau juga bertemu sekumpulan kira-kira 50 warga emas yang telah berkumpul di kedai kopi Koufu di Punggol Plaza, untuk bersarapan bersama sambil menghadiri sesi ‘Punggol Shore Breakfast Series@Coffeeshops’. 

Ia merupakan sebagai sebahagian daripada daya usaha ‘Care for the Community’ kawasan kejiranan itu.

Dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Penuaan Aktif (AAC) dan Dana Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat (CDWF) Punggol Shore, sesi dwibulanan itu memberi tumpuan pada topik berkaitan kesihatan dan melibatkan penduduk dalam pengurusan kesihatan yang proaktif.

Ditemui media semasa lawatan itu, Cik Yeo berkata Punggol Shore merupakan sebuah kawasan kejiranan yang agak menua, dengan sebilangan penduduk sudah berusia 60-an tahun.

“Dan oleh kerana itu, salah satu perkara yang kami perlu lakukan adalah untuk menghasilkan idea yang sangat bagus, platform penglibatan yang sangat baik, supaya kami boleh memberitahu mereka tentang penuaan yang sihat dan bagaimana mereka dapat menjadi aktif seiring dengan usia mereka. 

“Dan salah satu perkara yang kami lakukan kali ini sebenarnya adalah siri sarapan pagi kami ini. Kami akan membawa bersama pakar kesihatan, dan dengan itu, pakar kesihatan akan berkongsi tentang banyak perkara penting berkaitan kesihatan, dan juga tentang persaraan,” tambahnya.

Dengan anggaran satu pertiga daripada bilangan penduduk Punggol Shore kini berusia bawah 35 tahun, Dr Tan juga telah diperkenalkan dengan satu gerakan oleh Rangkaian Belia (YN) Punggol Shore untuk mendekati penduduk muda. 

Dikenali sebagai ‘Positivity Pizza’, gerakan itu yang merupakan sebahagian daripada daya usaha ‘Seni di Punggol’, mengajak penduduk untuk mengait krusye berbentuk piza, melambangkan sokongan masyarakat terhadap golongan belia.

Mengakhiri lawatannya, Dr Tan menghadiri konsert ‘One Heart, One Beat @ Punggol Shore’. Konsert itu diadakan dengan tujuan mengumpul dana untuk Palang Merah Singapura bagi misi bantuan kemanusiaan di Gaza. 

Sejak awal 2023, lebih 10,000 penduduk telah mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan berkaitan seni, termasuk lukisan mural dan pameran seni.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >