Penerbangan Emirates, Etihad dari UAE ke S’pura disambung mulai 4 Mac

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penerbangan Emirates, Etihad dari UAE ke S’pura disambung mulai 4 Mac

Mar 4, 2026 | 6:42 PM

Penerbangan Emirates, Etihad dari UAE ke S’pura disambung mulai 4 Mac

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Penerbangan, Emirates, Etihad, konflik timur tengah
Kedutaan Singapura di Abu Dhabi dan Konsulat-Jeneral di Dubai menasihatkan warga Singapura supaya menempah tiket dengan segera melalui laman web syarikat penerbangan jika mereka ingin meninggalkan negara berkenaan. - Foto REUTERS

Syarikat penerbangan Emirates dan Etihad Airways dijangka menyambung penerbangan dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) ke Singapura seawal 4 Mac, secara terhad.

Ini meskipun perjalanan udara sejagat masih sebahagian besar terganggu akibat konflik di Timur Tengah.

Dalam hantaran Facebook pada 4 Mac, kedutaan Singapura di Abu Dhabi dan Konsulat-Jeneral di Dubai menasihatkan warga Singapura supaya menempah tiket dengan segera melalui laman web syarikat penerbangan jika mereka ingin meninggalkan negara berkenaan.

“Dengan gangguan penerbangan semasa, tempat duduk (yang ditawarkan) dijangka mendapat permintaan tinggi dan mungkin habis dijual dengan pantas,” kata kedutaan tersebut.

Dalam hantaran awal sekitar 12.30 tengah hari, kedutaan memaklumkan bahawa Etihad Airways telah menawarkan jualan tiket untuk penerbangan ke Singapura dari Abu Dhabi pada 5 Mac.

Dalam hantaran berasingan sekitar 2 petang, mereka menambah bahawa terdapat penerbangan Emirates dari Dubai ke Singapura pada 4 Mac, dengan bilangan tempat duduk terhad turut tersedia.

Penerbangan Emirates EK314 dijadual berlepas dari Dubai ke Singapura pada 9 malam waktu tempatan, 4 Mac (1 pagi waktu Singapura, 5 Mac), dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Changi pada 8.30 pagi 5 Mac.

Tiket bagi penerbangan 4 Mac telah habis dijual menjelang 2.30 petang, dengan sesetengahnya dijual pada harga setinggi AED20,120 ($7,007) bagi tempat duduk kelas perniagaan.

Penerbangan Emirates seterusnya dari Dubai ke Singapura dijadual berlepas pada 2.30 pagi waktu tempatan pada 5 Mac. Tiket bagi penerbangan itu masih tersedia.

Sementara itu, di laman web Etihad Airways, penerbangan EY498 dijadual berlepas dari Abu Dhabi pada 10.05 pagi waktu tempatan pada 5 Mac dan dijangka tiba di Singapura pada 9.30 malam pada hari yang sama.

Setakat 4.30 petang 4 Mac, tempat duduk kelas ekonomi dengan harga bermula daripada AED 5,145 masih tersedia untuk ditempah.

Terdapat juga beberapa penerbangan lain oleh Etihad Airways yang masih boleh ditempah, namun melibatkan persinggahan ke lapangan terbang lain.

Dalam hantaran Facebook, kedutaan mengingatkan warga Singapura yang telah menempah tiket supaya mengesahkan dengan syarikat penerbangan bahawa penerbangan mereka akan diteruskan sebelum berangkat ke lapangan terbang.

“Berdasarkan keadaan semasa, (anda perlu) bersedia berdepan pembatalan, perubahan dan kelewatan, mungkin dalam notis singkat,” kata kedutaan itu.

Mereka yang sebelum ini menyatakan minat untuk mendapatkan bantuan pulang dari Timur Tengah tetapi telah menempah penerbangan sendiri juga diminta agar memaklumkan perkara itu kepada kedutaan, tambahnya.

Sebelum ini pada 3 Mac, Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan misi luar negaranya di Timur Tengah memaklumkan mereka sedang menilai minat rakyat Singapura bagi bantuan pulang dari rantau tersebut berikutan penutupan lapangan terbang yang berterusan.

Mereka menambah bahawa ia mungkin tidak praktikal untuk mengatur keberangkatan dari semua lapangan terbang, dan rakyat Singapura mungkin perlu pergi ke negara jiran bagi memastikan perjalanan keluar yang selamat dari kawasan tersebut.

Beberapa laluan yang sedang dipertimbangkan termasuk Dubai ke Muscat, Abu Dhabi ke Muscat, Doha ke Riyadh/Jeddah, dan Amman ke Jeddah.

Kos pengangkutan darat, tiket penerbangan, dokumen perjalanan, visa dan penginapan sementara, ditanggung oleh penumpang.

Pemerintah seluruh dunia telah bertindak pantas untuk mengeluarkan rakyat mereka yang terperangkap di Timur Tengah menyusuli perang melibatkan Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran. 

Iran telah meluaskan serangan balas dengan peluru berpandu dan dron pada hari kelima konflik yang menggoncang pasaran sejagat dan industri pelancongan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg