Penerima Anugerah Belia Cemerlang galas amanah isi jurang pembelajaran seni warisan
Penerima Anugerah Belia Cemerlang galas amanah isi jurang pembelajaran seni warisan
Syafiqah mahu bangunkan pembelajaran muzik tradisional Melayu; Muhammad Ilyia berhasrat terbit buku kerja mengenai dikir barat di Singapura
Mar 30, 2026 | 5:30 AM
Penerima Anugerah Belia Cemerlang galas amanah isi jurang pembelajaran seni warisan
Atas ketekunan dalam bidang muzik selama hampir 17 tahun, Syafiqah ‘Adha Sallehin, 35 tahun, menjadi antara enam penerima Anugerah sulung Belia Cemerlang dalam Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) pada 18 Mac, anjuran Lembaga Warisan Negara (NHB) di Auditorium Stephen Riady, One Marina Boulevard, NTUC Centre. - Foto fail
Seramai enam anak muda telah menerima Anugerah Belia Cemerlang dalam Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) pada 18 Mac. Penganugerahan sulung oleh Lembaga Warisan Negara (NHB) itu meraikan belia yang menunjukkan iltizam dan daya kepimpinan dalam memelihara warisan di Singapura. Berikut laporan mengenai dua penerima anugerah tersebut.
Pada mulanya, Syafiqah ‘Adha Sallehin, berdepan keraguan diri.

