Penerima Anugerah Mendaki reka sampul Raya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penerima Anugerah Mendaki reka sampul Raya

Pembeli akhbar cetak BH dapat sampul percuma pada 20 Mac
Mar 19, 2026 | 5:53 PM

Penerima Anugerah Mendaki reka sampul Raya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Mendaki, sampul Hari Raya, Athirah Alfaiz Loqman, sampul Raya MENDAKI 2026, reka bentuk grafik, Berita Harian sampul Raya, TTFS Mendaki, bakat muda Singapura
Penerima Anugerah Mendaki 2024, Cik Athirah Alfaiz Loqman, (tengah), bersama bapanya, Encik Loqman Alfaiz Mohamad, dan ibunya, Cik Annie Azrina Ibrahim. - Foto YAYASAN MENDAKI

Setiap Syawal, Cik Athirah Alfaiz Loqman, terharu melihat suasana perjumpaan keluarganya yang sering kali duduk bersama di atas permaidani sambil berbual, makan dan membuat segala persiapan Hari Raya.

Apabila Cik Athirah, 21 tahun, diberi peluang mereka bentuk sampul Hari Raya Yayasan Mendaki bagi 2026, beliau tidak teragak-agak menerima cabaran itu dan menggunakan pengalaman keluarganya sebagai inspirasi.  

“Saya berasa sangat teruja apabila Mendaki mengundang saya untuk mereka bentuk sampul Hari Raya mereka. 

“Peluang untuk menyumbang secara kreatif kepada masyarakat amat bermakna bagi saya, terutamanya sebagai seseorang yang telah mendapat manfaat daripada sokongan Mendaki sepanjang perjalanan pengajian saya,” ujar penerima Anugerah Belia Cemerlang 2022 dan Anugerah Mendaki 2024 itu.

Mahasiswi Reka Bentuk Grafik di Institut Teknologi Royal Melbourne (RMIT) itu juga mengambil inspirasi daripada tradisi masyarakat Melayu/Islam.

Sampul Raya Mendaki yang direka oleh mahasiswi tahun kedua sebuah universiti di Australia, Cik Athirah Alfaiz Loqman.
Sampul Raya Mendaki yang direka oleh mahasiswi tahun kedua sebuah universiti di Australia, Cik Athirah Alfaiz Loqman. - Foto PUTRA NUR HAIQAL SALLEHUDDIN

Karya berkonsep mozek itu memaparkan pandangan dari atas dan menggambarkan suasana riuh-rendah keluarga, kebersamaan antara generasi, serta diserikan dengan motif lengkungan seni bina Islam.

“Bagi saya, permaidani sering menjadi ruang yang menggalakkan orang duduk berdekatan, sekali gus mewujudkan interaksi dan hubungan yang lebih rapat,” kata anak sulung tiga beradik itu.

Menurut Cik Athirah, walaupun ibu bapanya amat mementingkan pencapaian akademik, mereka tetap memberi sokongan penuh terhadap minat seninya yang mula berputik sejak kecil.

“Memilih laluan kreatif kadangkala amat mencabar. Namun, dengan keyakinan keluarga, ia memberi saya tekad untuk terus melangkah ke hadapan,” katanya, yang berkongsi perjalanan pendidikannya turut diperkukuh oleh Skim Subsidi Yuran Pengajian Tinggi (TTFS) Mendaki.

“Bantuan ini sangat meringankan beban kewangan dan memberi ketenangan fikiran kepada keluarga saya. 

“Ia membolehkan saya memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran saya,” luahnya dengan penuh syukur.

Pembeli akhbar Berita Harian (BH) akan menerima sampul rekaan beliau yang dilekatkan pada akhbar cetak BH pada 20 Mac.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg