Pengangkutan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khidmat bas dan kereta api dilanjut jelang Hari Kebangsaan

Jul 29, 2025 | 7:50 PM
Beberapa perkhidmatan kereta api dan bas akan beroperasi hingga lewat malam pada 8 Ogos, menjelang cuti umum Hari Kebangsaan.
Beberapa perkhidmatan kereta api dan bas akan beroperasi hingga lewat malam pada 8 Ogos, menjelang cuti umum Hari Kebangsaan. - Foto fail

Beberapa perkhidmatan kereta api dan bas akan beroperasi hingga lewat malam pada 8 Ogos, menjelang cuti umum Hari Kebangsaan, bagi menampung penumpang yang dijangka pulang lewat.

Kereta api terakhir dari stesen MRT City Hall akan bertolak pada 12.30 pagi ke empat tujuan – ke arah Jurong East, Marina South Pier, Pasir Ris dan Tuas Link.

Di Laluan Circle, kereta api terakhir dari stesen Dhoby Ghaut menuju ke HarbourFront akan bertolak pada 11.55 malam, manakala kereta api terakhir dalam arah bertentangan pula akan berlepas pada 11.30 malam.

Menurut The Straits Times, untuk Laluan Thomson-East Coast, kereta api terakhir akan meninggalkan stesen Woodlands North pada tengah malam, dan stesen Bayshore pada 12.12 pagi.

Bagaimanapun, tiada lanjutan waktu operasi bagi perkhidmatan LRT Bukit Panjang dan perkhidmatan sambungan ke Lapangan Terbang Changi.

Syarikat pengendali pengangkutan awam, SMRT dan SBS Transit, berkata beberapa perkhidmatan bas juga akan beroperasi lewat malam itu.

Bas terakhir bagi perkhidmatan 300, 301, 302, 307 dan 983A akan meninggalkan Pusat Tukaran Bas Choa Chu Kang pada 1.40 pagi.

Di Woodlands, perkhidmatan 901, 911, 912A, 912B dan 913 akan berlepas dari hab pengangkutan bersepadu pada 1.25 pagi.

Perkhidmatan 920, 922 dan 973A akan meninggalkan pusat tukaran Bukit Panjang pada 1.25 pagi, manakala perkhidmatan 974A akan berlepas dari perhentian bas bertentangan stesen MRT Choa Chu Kang pada 1.40 pagi.

Awal sebelum ini, dilaporkan beberapa perkhidmatan bas yang melalui kawasan bandar akan dilencongkan berikutan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada 9 Ogos

Perkhidmatan dengan hentian di sepanjang Beach Road, Bras Basah Road, North Bridge Road, Parliament Place, Raffles Avenue dan Raffles Boulevard merupakan antara yang terjejas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg