Pengangkutan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekitar 5,400 kereta alami masalah setelah pasang peranti OBU bagi ERP

Jun 11, 2025 | 5:24 PM
Peranti unit dalam kenderaan (On-Board Unit atau OBU) bagi Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) dalam beberapa kereta tidak responsif dan terpaksa diganti.
Peranti unit dalam kenderaan (On-Board Unit atau OBU) bagi Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) dalam beberapa kereta tidak responsif dan terpaksa diganti. - Foto ST

Kira-kira 5,400 kereta menghadapi masalah dengan peranti unit dalam kenderaan atau on-board unit (OBU) bagi Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) mereka sejak memasangnya mulai November 2023.

Masalah yang dihadapi termasuk kerosakan pada rangkaian kompleks komponen, wayar dan penyambung dalam kereta sehingga memerlukan kunjungan semula ke bengkel kereta.

Kadar itu mewakili 1.8 peratus daripada sekitar 300,000 kereta yang telah memasang peranti itu setakat ini, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) kepada The Straits Times (ST) pada 10 Jun.

LTA berkata sehingga Jun, lebih 500,000 kenderaan – termasuk kenderaan komersial – telah dipasang dengan OBU.

Ini bermakna separuh daripada kerja pemasangan OBU sudah lengkap bagi memastikan keseluruhan jumlah kenderaan sekitar 1 juta unit dilengkapi OBU menjelang 2026.

OBU, antara lain, digunakan bagi bayaran tol jalan raya dan tempat letak kereta, sebagai sebahagian langkah Singapura menuju ke sistem ERP baru, yang dikenali sebagai ERP 2.0.

LTA berkata: “Seperti mana-mana pelancaran teknologi berskala besar, sesetengah kenderaan mungkin mengalami masalah yang memerlukan pemeriksaan susulan.”

Sesetengah pemandu memberitahu ST bahawa mereka tidak boleh memasuki tempat letak kereta atau membayar tol jalan raya disebabkan OBU tidak memberi tindak balas.

Jurucakap Lim Tan Motor di Sin Ming berkata kira-kira 5 peratus daripada lebih 200 pemilik kereta yang mengunjungi bengkel syarikat itu bagi memasang OBU kembali untuk mendapatkan bantuan, dengan kebanyakannya mengalami masalah gantri tempat letak kereta yang tidak dapat mengesan unit tersebut.

Beliau berkata kebiasaannya, ia berlaku di tempat letak kereta bangunan persendirian dan komersial berbanding yang dikendalikan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Aduan lain termasuk paparan skrin sentuh OBU yang tidak berfungsi.

Pemasangan OBU percuma untuk semua kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Mei 2024, seandainya peranti itu dipasang pada tarikh akhir yang dinyatakan dalam surat undangan LTA kepada pemilik.

Semua kenderaan yang didaftarkan mulai 1 Mei 2024 perlu dipasang dengan unit tersebut.

Bergantung pada kenderaan, pemasangan OBU mengambil masa antara dua dengan empat jam, dan ia boleh memerlukan tempoh yang sama untuk menyelesaikan masalah dan menggantikan peranti itu.

Bagi kenderaan selain motosikal, OBU terdiri daripada tiga bahagian: antena, unit pemprosesan yang memegang kad nilai tersimpan dan paparan skrin sentuh pilihan.

Pengurus perkhidmatan dan bengkel, Encik Lester Yeong, 48 tahun, berkata paparan skrin sentuh OBU pada van yang dipajak oleh syarikatnya, menunjukkan skrin kosong pada April – lima bulan selepas peranti itu dipasang.

Syarikat pemajakan yang menyediakan van itu berjaya menyelesaikan masalah berkenaan di bengkelnya, tetapi masalah itu timbul semula dua hari kemudian.

Kali ini, OBU yang rosak telah diganti.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg