Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pengarah firma dalam pertuduhan terbaru atas Iswaran telah diinterviu CPIB beberapa kali

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengarah firma dalam pertuduhan terbaru atas Iswaran telah diinterviu CPIB beberapa kali

Mar 26, 2024 | 03:15 PM



Encik Lum Kok Seng, yang dinamakan dalam lapan pertuduhan terbaru ke atas bekas Menteri Pengangkutan S. Iswaran, menghadiri beberapa sesi siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berhubung siasatan kes itu.

Encik Lum, 75 tahun, warga Singapura, ialah pengarah urusan Lum Chang, sebuah firma pengurusan hartanah, reka bentuk dalaman dan pembinaan.

Lum Chang menjawab pertanyaan daripada Bursa Singapura (SGX) lewat 25 Mac.

Awal dari itu, SGX telah bertanya kepada syarikat tersebut sama ada Encik Lum telah dihubungi oleh CPIB untuk membantu siasatan, dan sama ada sebarang pertuduhan difailkan terhadapnya, atau jika sebarang sekatan telah dikenakan oleh CPIB.

Menurut satu kenyataan Lum Chang, Encik Lum telah memaklumkan lembaga pengarah syarikat bahawa beliau telah menghadiri beberapa temu bual dengan CPIB berhubung siasatan terhadap Iswaran.

Ia menambah bahawa tidak ada pertuduhan telah difailkan terhadap Encik Lum, dan tidak ada sekatan dikenakan ke atasnya oleh CPIB.

“Lembaga dan jawatankuasa pencalonan telah menilai perkara di atas dan telah menentukan bahawa Encik Lum terus sesuai untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pengarah urusan syarikat, melainkan terdapat perkembangan seterusnya yang memerlukan lembaga pengarah dan mencalonkan jawatankuasa untuk membuat penilaian semula,” kata kenyataan itu.

Lum Chang menambah bahawa lembaganya akan memberi maklumat terkini mengenai sebarang perkembangan mengenai perkara ini.

Pada 25 Mac, Iswaran dihadapkan lapan pertuduhan baru, yang mendakwa dia, sebagai penjawat awam, menerima barangan berharga bernilai hampir $19,000 daripada Encik Lum.

Iswaran dikatakan memperoleh barangan seperti basikal Brompton, kayu golf dan botol wiski daripada Encik Lum, antara November 2021 dengan November 2022.

Iswaran, yang dilantik sebagai Menteri Pengangkutan pada Mei 2021, dan meletak jawatan pada Januari 2024, didakwa mengetahui bahawa Encik Lum dikaitkan dengan kontrak Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), untuk kerja-kerja di stesen MRT Tanah Merah melalui syarikat Lum Chang Building Contractors (LCBC).

LCBC ialah cabang pembinaan Lum Chang. Kontrak bernilai $325 juta melibatkan stesen MRT Tanah Merah telah dianugerahkan kepada LCBC oleh LTA pada Oktober 2016, dan kerja itu dijadualkan siap pada 2025.

Iswaran kini berdepan sebanyak 35 pertuduhan, 32 daripadanya mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, di mana adalah menjadi satu kesalahan bagi penjawat awam menerima hadiah daripada seseorang yang terlibat dengannya atas kapasiti rasmi.

Pertuduhan selebihnya terdiri daripada dua tuduhan rasuah dan satu kerana menghalang perjalanan keadilan. Iswaran mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >