Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengarah Tamar Madinah hargai usaha kakitangan khidmat bas, Tower Transit

Apr 5, 2024 | 2:09 PM
Pengarah Tamar Madinah, Cik Dewi Suhadi (duduk memakai vest keselamatan berwarna oren), menemui kakitangan perkhidmatan bas, Tower Transit Singapura (TTS) untuk mengagihkan kurma kepada mereka.
Pengarah Tamar Madinah, Cik Dewi Suhadi (duduk memakai vest keselamatan berwarna oren), menemui kakitangan perkhidmatan bas, Tower Transit Singapura (TTS) untuk mengagihkan kurma kepada mereka. - Foto TTS

Ramai mungkin tidak terfikir tentang pemandu bas yang menjalankan tugas mereka demi memastikan penumpang mereka tiba di destinasi, tidak kira berpuasa ataupun tidak.

Tidak lupa juga khidmat teknisyen kenderaan yang memastikan bas-bas Tower Transit Singapura (TTS) dapat berfungsi dengan lancar.

Pada 1 Mac, syarikat menjual kurma, Tamar Madinah, melahirkan penghargaan mereka dengan mengagihkan kurma Ajwa premium kepada kakitangan Muslim TTS.

Pengarah Tamar Madinah, Cik Dewi Suhadi, ke depoh bas Mandai untuk menemui 15 kakitangan TTS untuk mengagihkan kurma tersebut.

Sebanyak 430 kotak diberikan, dengan setiap kotak bernilai $39.

Menurut Cik Dewi, dengan tajaan kurma itu, Tamar Madinah ingin menghargai sumbangan kakitangan TTS yang telah berpenat lelah memberikan khidmat pengangkutan kepada masyarakat Singapura dalam bulan Ramadan.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg