Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Rancang tubuh Akademi Ihsan bangun potensi pelajar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha menyeluruh Ihsan Aid MTFA termasuk agih habuan bulanan, taja iftar, habuan Raya

Rancang tubuh Akademi Ihsan bangun potensi pelajar

Apr 04, 2024 | 11:06 AM



Setiap tahun, program Ihsan Aid Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA) menghulurkan bantuan kewangan bulanan bagi meringankan beban golongan memerlukan. Ihsan Aid menyalurkan bantuan itu kepada individu yang mempunyai pendapatan per kapita kurang daripada $600 sebulan.

“Matlamat MTFA selama hampir 120 tahun ia ditubuhkan ialah membantu golongan terpinggir dan kurang berkemampuan bagi mendapatkan bantuan sewajarnya,” jelas Pengarah Eksekutif MTFA, Dr Abdul Qader Al-aidaroos.

Selain itu, Ihsan Aid juga kini dalam perancangan bergabung tenaga bersama badan-badan lain untuk menubuhkan Ihsan Academy bagi membuka pintu peluang lebih besar kepada pelajar mendapatkan sokongan pendidikan menyeluruh.

“Bukan sekadar bantuan kewangan sahaja, MTFA juga adakan agihan sajian iftar/buka puasa harian pada bulan Ramadan.

“Kami juga menjalankan program ‘Eid with Ihsan’ setiap tahun, dengan habuan Hari Raya dihantar ke rumah kepada lebih 500 penerima MTFA,” jelas Pengurus Ihsan Aid, Cik Muzdalifah Anuar.


Ramadan ini, MTFA mengalu-alukan sumbangan ikhlas para penderma budiman. Derma yang terkumpul akan disalurkan ke Rumah Anak-Anak Yatim Darul Ihsan, Ihsan Aid, Ihsan Kidney Care dan lain-lain lagi di bawah naungan MTFA.

Mereka yang ingin menghulurkan derma boleh lungsuri laman www.mtfa.org atau ke kaunter pejabat MTFA di bangunan Darul Ihsan di 5 Mattar Road, Singapura 387713.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >