Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pengasas bersama pusat jagaan kanak-kanak pesakit kritikal ‘Tokoh Singapura 2023’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengasas bersama pusat jagaan kanak-kanak pesakit kritikal ‘Tokoh Singapura 2023’

Anugerah yang diberi The Straits Times disampaikan oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam
Mar 13, 2024 | 08:31 PM



Dua wanita yang mengasaskan pusat jagaan bagi kanak-kanak penghidap penyakit barah dan penyakit kritikal lain terpilih sebagai Tokoh Singapura 2023 The Straits Times.


Bekas jururawat, Cik Ronita Paul, 72 tahun, dan penyelaras sukarelawan, Cik Geraldine Lee, 66 tahun, mengasaskan Pusat Kanak-Kanak Arc pada 2011 untuk memberi sokongan emosi kepada pesakit kanak-kanak itu dan memberi mereka peluang menikmati zaman kanak-kanak normal.

Bagi dedikasi dan perkhidmatan mereka kepada masyarakat, Cik Paul dan Cik Lee menerima anugerah itu daripada Presiden Tharman Shanmugaratnam dalam satu majlis di Akademi UBS Singapore pada 13 Mac.

Berucap di majlis anugerah itu, Presiden Tharman berkata perkara luar biasa yang dilakukan oleh finalis anugerah tersebut bukanlah satu perkara mendadak atau dramatik.

Beliau berkata pemenang anugerah itu telah melakukan sesuatu yang luar biasa untuk jangka masa panjang, ada sehingga bertahun.

“Motivasi dalaman merekalah yang mendorong mereka; cahaya dalaman yang ada di dalam setiap orang, kita hidupkan dengan cara kita sendiri,” kata Presiden Tharman.

Pusat Kanak-Kanak Arc dibuka selepas Cik Paul bertemu seorang budak lelaki berusia 14 tahun yang menjalani pengawalan sakit di Assisi Hospice semasa ibu bapanya bekerja.

Budak itu bertanya mengapa tidak ada tempat seperti itu untuk kanak-kanak, dan Cik Paul berjanji kepadanya bahawa beliau akan membukanya.

Budak lelaki itu meninggal dunia beberapa bulan kemudian.

Cik Paul bersama Cik Lee bertekad menepati janjinya.

Dianjurkan oleh ST dan disampaikan oleh UBS Singapore, anugerah Tokoh Singapura diberi setiap tahun kepada individu atau kumpulan warga Singapura yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat melalui pencapaian mereka atau melebihi tanggungjawab mereka untuk meningkatkan kehidupan orang lain dalam masyarakat.


Anugerah tersebut kini memasuki tahun kesembilan.

Pemenang sebelum ini termasuk Encik Anson Ng, seorang pengedar kereta terpakai yang menjadikan misi hidupnya membantu orang tidak dikenalinya yang memerlukan, dan Encik Sakthibalan Balathandautham, yang menderma sebahagian daripada hatinya kepada seorang kanak-kanak berusia setahun selepas beliau terjumpa satu rayuan menerusi talian.

Pemenang bersama lain termasuk perenang Joseph Schooling dan ibu bapanya pada 2016 dalam usaha sukan mereka, dan barisan hadapan Covid-19 pada 2020 atas pengorbanan peribadi mereka ketika Singapura memerangi pandemik tersebut.

Pada 2023, Cik Lee dan Cik Paul dicalonkan bersama lima finalis lain, termasuk ratu pecut Cik Shanti Pereira, yang membawa kegemilangan kepada Singapura dengan pencapaiannya dalam trek dan padang, dan ketua sukarelawan masyarakat, Cik Sandy Goh, yang menganjurkan program seperti pengagihan makanan percuma untuk golongan memerlukan.

Finalis lain termasuk Chng Rui Jie, yang mengumpul lebih $1.2 juta bagi kempen mengumpul dana dalam talian pada usia 12 tahun, bekas guru Cik Priscilla Ong, yang menubuhkan badan amal untuk menyediakan makanan percuma untuk golongan kurang berkemampuan, dan pengarah logistik Encik Herman Sing, yang menderma 67 peratus hatinya kepada orang asing.

Cik Paul dan Cik Lee dianugerahkan trofi dan wang tunai $20,000, manakala finalis lain menerima $5,000 setiap seorang. Hadiah wang itu ditaja oleh UBS, yang menyokong anugerah tersebut sejak penubuhannya.

Penaja lain termasuk rakan kongsi syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dan rakan kongsi hotel global Millennium Hotels and Resorts.

Kededua pemenang itu menerima penginapan lima malam di sembarang hotel global Millennium Hotels and Resorts serta sepasang tiket kelas perniagaan SIA.


Baki finalis masing-masing menerima penginapan tiga malam di sembarang hotel global Millennium Hotels and Resorts dan sepasang tiket kelas ekonomi SIA.

Editor ST, Encik Jaime Ho, berkata:

“Hari ini, sambil kita menyanjungi finalis ini, saya harap kita pulang dengan inspirasi daripada semua kisah mereka, dan melihat kesan yang mereka ada dalam menjadikan masyarakat kita lebih baik; bukan sekarang sahaja, malah pada masa hadapan.”

Presiden UBS Asia-Pasifik, Encik Edmund Koh, berkata anugerah itu merai kejayaan semangat manusia dan bertindak sebagai suara yang menguatkan isu-isu hari ini yang rakyat Singapura secara aktif ketengahkan untuk ditangani.

Beliau berkata: “Tokoh Singapura 2023 kita – Geraldine Lee dan Ronita Paul – dengan berani menyahut cabaran untuk mengasaskan Pusat Kanak-Kanak Arc pada tahun-tahun emas mereka, tanpa pengalaman dalam bidang itu.

“Mereka adalah suri teladan yang memberi inspirasi kepada kebanyakan kita dan kisah mereka adalah contoh yang bagus tentang bagaimana rakyat Singapura setiap hari boleh memberi impak positif – tanpa mengira umur atau bidang kepakaran, asalkan kita bersedia mengambil langkah pertama,” kata Encik Koh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >