Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengasas restoran The Malayan Council dijel 7 bulan, didenda $22,000 kerana isytihar palsu gaji pekerja

Sep 3, 2024 | 10:22 PM
Pengasas perniagaan makanan dan minuman The Malayan Council, Mohamad Hafiz Salim Alkhatib, 38 tahun, baru-baru ini dijatuhi hukuman penjara 29 minggu dan denda $22,000 atas kesalahan di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing (EFMA).
Pengasas perniagaan makanan dan minuman The Malayan Council, Mohamad Hafiz Salim Alkhatib, 38 tahun, baru-baru ini dijatuhi hukuman penjara 29 minggu dan denda $22,000 atas kesalahan di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing (EFMA). - Foto ST

Pengasas pertubuhan makanan dan minuman, The Malayan Council, Mohamad Hafiz Salim Alkhatib, 38 tahun, baru-baru ini dijatuhi hukuman penjara 29 minggu dan denda $22,000 atas kesalahan di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing (EFMA).

Menurut satu catatan Facebook Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada 3 September, Hafiz telah membuat 13 permohonan S-Pass atau Pas Pekerjaan untuk pekerja dan secara palsu mengisytiharkan gaji mereka lebih tinggi daripada gaji sebenar bagi tujuan memenuhi kriteria gaji di bawah pas kerja masing-masing.

Semasa siasatan dijalankan, dia cuba menghasut pekerja itu untuk berbohong atau menarik balik kenyataan awal mereka kepada MOM sebanyak dua kali, menurut MOM.

MOM menambah bahawa Hafiz juga didapati menggaji dua pekerja secara haram sebagai pencuci pinggan tanpa pas kerja yang sah, dan telah memotong $1,700 daripada gaji pekerja sebagai syarat untuk bekerja.

“Majikan mesti menegakkan integriti undang-undang pekerjaan kita.

“Majikan yang melanggar EFMA berisiko denda dan penjara.

“Jika anda mengesyaki sebarang pekerjaan haram, laporkan kepada MOM.

“Bersama-sama, kita boleh melindungi pekerja kita dengan lebih baik,” kata MOM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg