Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengerusi bersama baru Majlis bagi Kepelbagaian Lembaga dilantik

Jan 22, 2025 | 12:16 PM
MSF telah mengumumkan pelantikan pengerusi bersama, dan enam anggota baru ke Majlis bagi Kepelbagaian Lembaga (CBD) bagi 2025.
MSF telah mengumumkan pelantikan pengerusi bersama, dan enam anggota baru ke Majlis bagi Kepelbagaian Lembaga (CBD) bagi 2025. - Foto MSF
Encik Gan adalah Timbalan Pengerusi LNG Corporation Singapore, dan merupakan bekas Pengerusi serta Pengarah Urusan Exxonmobil Asia Pacific.
Encik Gan adalah Timbalan Pengerusi LNG Corporation Singapore, dan merupakan bekas Pengerusi serta Pengarah Urusan Exxonmobil Asia Pacific. - Foto MSF
Cik Goh pula ialah Pengerusi Lembaga Pengamanah Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan merupakan pengarah lembaga di JTC Corporation dan Singapore Airlines (SIA).
Cik Goh pula ialah Pengerusi Lembaga Pengamanah Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan merupakan pengarah lembaga di JTC Corporation dan Singapore Airlines (SIA). - Foto MSF

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah mengumumkan pelantikan pengerusi bersama, dan enam anggota baru ke Majlis bagi Kepelbagaian Lembaga (CBD) bagi 2025.

Kededua pengerusi bersama itu ialah Encik Gan Seow Kee dan Cik Goh Swee Chen, kata MSF dalam satu kenyataan pada 17 Januari.

Encik Gan adalah Timbalan Pengerusi LNG Corporation Singapore, dan merupakan bekas Pengerusi serta Pengarah Urusan Exxonmobil Asia Pacific.

Cik Goh pula ialah Pengerusi Lembaga Pengamanah Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan merupakan pengarah lembaga di JTC Corporation dan Singapore Airlines (SIA).

Para anggota CBD akan berkhidmat selama dua tahun.

MSF berkata ia menghargai kededua pengerusi bersama yang akan digantikan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Lembaga SGX Group, Encik Loh Boon Chye serta Pengerusi, Tote Board Singapore dan Lembaga Pengamanah Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS), Cik Mildred Tan, dalam usaha memupuk kepelbagaian sebagai tonggak tadbir urus yang baik sejak majlis itu ditubuhkan pada 2019.

MSF berkata perubahan ini memperbaharui dua pertiga majlis tersebut, menawarkan peluang bagi mendapatkan perspektif baru serta pandangan berguna.

Penaung majlis tersebut, Presiden Tharman Shanmugaratnam berkata:

“Kepelbagaian adalah satu kekuatan. Pengalaman, perspektif dan set kemahiran berbeza menambah kekuatan dan daya tahan kepada mana-mana pasukan, termasuk sebuah lembaga pengarah yang bertanggungjawab dalam memantau, merancang secara stratagik dan membentuk budaya sesebuah pertubuhan.

“Sejak tertubuhnya majlis ini, Encik Loh Boon Chye dan Cik Mildred Tan telah memupuk budaya positif ini, dan saya yakin Encik Gan Seow Kee dan Cik Goh Swee Chen akan membawanya ke hadapan.”

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad pula berkata:

“CBD telah mencapai kemajuan besar sejak penubuhannya pada 2019.

“Terdapat lebih ramai pengarah lembaga wanita di seluruh sektor swasta, awam dan orang ramai.

“Saya memuji anggota majlis dahulu dan sekarang atas usaha gigih mereka dalam memajukan kepelbagaian lembaga.

“Di bawah kendalian Encik Loh Boon Chye dan Cik Mildred Tan, majlis itu telah mencapai kemajuan yang luar biasa dalam meningkatkan kesedaran dan mengubah minda tentang merit kepelbagaian lembaga yang termasuk memupuk budaya tadbir urus yang baik.

“Saya mengharapkan majlis baru membuat kemajuan selanjutnya dalam kepelbagaian lembaga. Seperti yang digariskan dalam Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura, perwakilan melalui kepelbagaian lembaga mencerminkan komitmen kami terhadap peluang yang sama.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha kami ke arah masyarakat yang lebih adil dan inklusif.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg