Penggiat teater teroka wadah seni tingkat kesejahteraan warga emas, masyarakat terpinggir
Premium
Penggiat teater teroka wadah seni tingkat kesejahteraan warga emas, masyarakat terpinggir
Penerima biasiswa Seni Majlis Seni Kebangsaan (NAC) peringkat Possiswazah 2025 ini anggap seni sebagai ruang untuk ketengahkan isu sosial
Dec 21, 2025 | 2:34 PM
Penggiat teater, Encik Muhammad Muazzam, yang kini sedang menjalani pengajian dalam jurusan Gerontologi di peringkat Sarjana di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), berharap untuk membina masyarakat terangkum yang memandang proses penuaan dengan hormat, kreatif dan empati melalui amalan seninya. - Foto BM oleh SHAFIQ APANDI
Usia Encik Muhammad Muazzam baru mencecah 17 tahun semasa beliau meluangkan masa bersama neneknya yang terlantar di hospital akibat serangan angin ahmar.
Pada 2012, kurang setahun selepas serangan angin ahmar itu, dan sekitar tiga bulan menjaga neneknya, wanita yang telah menjadi tunjang kekuatan dalam kehidupannya itu menghembuskan nafas terakhir.
Laporan berkaitan
Puisi di MRT suntik keindahan dalam perjalanan harianNov 17, 2025 | 5:30 AM
Angklung jadi penawar satukan warga emas, penjaga dalam projek masyarakatNov 5, 2025 | 4:51 PM

