Pengunjung Bazar Ramadan Geylang Serai kini lebih pelbagai, ramai golongan muda

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengunjung Bazar Ramadan Geylang Serai kini lebih pelbagai, ramai golongan muda

Feb 10, 2026 | 3:40 PM

Pengunjung Bazar Ramadan Geylang Serai kini lebih pelbagai, ramai golongan muda

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pengasas bersama pemilik gerai menjual kentang goreng dan minuman, Katoshka, Encik Muhammad Hasif Othman (kanan), akan meraikan tahun ke-10 perniagaan beliau beroperasi di Bazar Geylang Serai. Beliau berterima kasih kepada pelanggannya yang setia ke gerainya hampir setiap tahun.
Pengasas bersama pemilik gerai menjual kentang goreng dan minuman, Katoshka, Encik Muhammad Hasif Othman (kanan), akan meraikan tahun ke-10 perniagaan beliau beroperasi di Bazar Geylang Serai. Beliau berterima kasih kepada pelanggannya yang setia ke gerainya hampir setiap tahun. - Foto KATOSHKA

Selepas hampir sedekad berniaga di Bazar Ramadan Geylang Serai, pemilik gerai menjual kentang goreng dan minuman, Katoshka, Encik Muhammad Hasif Othman, menjangkakan perubahan ketara dalam demografi pengunjung bazar tersebut yang selari dengan suasana dan jenis penjual yang terdapat di sana.

Menurutnya, pengunjung Bazar Ramadan Geylang Serai kini semakin pelbagai, bukan sahaja terdiri daripada masyarakat Melayu, malah bukan Melayu serta lebih ramai golongan muda.

“Demografi pengunjung sudah banyak berubah. Sekarang ini kita lihat lebih ramai anak muda dan bukan Melayu datang ke bazar. Ia lebih pelbagai berbanding dulu,” katanya kepada Berita Harian (BH).

Perubahan itu turut mempengaruhi jenis peniaga yang mengisi bazar ikonik tersebut.

Jika sekitar sedekad lalu majoriti peniaga menjual makanan dan barangan tradisional Melayu, kini lebih separuh terdiri daripada peniaga muda dengan konsep yang lebih moden dan ‘hip’.

“Pada 2016, kira-kira 70 hingga 80 peratus peniaga menjual makanan tradisional.

“Sekarang, peniaga muda dengan konsep moden sudah menjadi majoriti,” jelasnya.

2026 menandakan 10 tahun sejak Katoshka beroperasi, dan beliau adakan gerainya di Bazar Ramadan Geylang Serai setiap tahun sejak itu, kecuali 2020 hingga 2022 akibat pandemik Covid-19.

Mengulas mengenai detik yang tidak boleh dilupakan, beliau beliau imbas kembali pada apabila beliau mula beroperasi pada 2016.

Mengimbas kembali detik perniagaannya baru bermula, Encik Hasif luahkan penghargaannya kepada rakan-rakan dan kakitangannya yang telah menyumbang kepada kejayaan Katoshka.

“Ramai rakan-rakan saya yang sudi dan rela menolong. Mereka percaya dengan wawasan saya dan kami berjuang bersama,” katanya.

“Saya masih ingat pada 2018, hampir semua merupakan lulusan universiti baru, agak hebat bagaimana kami lalui cabaran mengimbangi sekolah dan perniagaan ini bersama.”

Encik Hasif turut berkata pengalaman bertahun-tahun membantu memudahkan operasi, namun peningkatan kos kekal menjadi cabaran utama.

“Dari segi persiapan, memang lebih mudah kerana kita sudah biasa. Tetapi kos jelas meningkat setiap tahun,” katanya.

Beliau akur kos sewa dan utiliti yang boleh mencecah antara $19,000 menyukarkan peniaga, khususnya mereka yang ingin menjual makanan tradisional pada harga mampu milik.

“Dengan kos setinggi itu, memang sukar untuk menjual kuih atau makanan tradisional pada harga rendah. Ini dilema yang sering dibincangkan setiap tahun,” ujarnya.

Namun, beliau berkata cabaran sebenar terletak pada permintaan pengunjung yang turut berubah.

“Masih ada peniaga yang berani menjual makanan tradisional. Persoalannya sekarang, adakah masih cukup permintaan daripada pengunjung,” katanya.

Mengulas mengapa beliau terus memilih Geylang sebagai lokasi untuk adakan gerainya setiap Ramadan, Encik Hasif berkata kawasan itu kekal sebagai ikon yang sukar digantikan.

“Bila sebut bazar Ramadan, orang akan fikir Geylang Serai dulu. Ia sudah jadi tradisi. Ramai yang akan datang ke sini sekurang-kurangnya sekali setahun,” katanya.

Bagi Ramadan 2026, Katoshka akan mengekalkan empat perisa klasik mereka - Special Cheese, Sour Ranch, Chilli Beef dan Asian Butter Cream - tanpa memperkenalkan produk baru disebabkan kekangan masa.

Namun beliau tidak menolak kemungkinan promosi khas sempena ulang tahun ke-10 jenama itu.

Dari segi jualan, Encik Hasif berkata cuaca dan persaingan daripada bazar lain boleh menjejas kehadiran pengunjung, namun sasaran jualan dijangka kekal stabil.

“Kami tidak mengharapkan lonjakan pada jumlah pelanggan, tetapi berharap jualan kekal seperti tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

Mengimbas perjalanan sedekad Katoshka, beliau menyifatkan kejayaannya kepada semua yang telah melanggani gerainya.

“Semua ini hanya boleh berlaku kerana pelanggan. Saya sangat bersyukur atas sokongan mereka selama ini,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg