Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pengunjung kecewa acara Pesta Tanglung Terbang dibatalkan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengunjung kecewa acara Pesta Tanglung Terbang dibatalkan

Feb 26, 2024 | 02:18 PM



Pengunjung mengamuk, tidak puas hati apabila Pesta Tanglung Terbang atau lebih dikenali sebagai Sky Lantern Festival yang sepatutnya diadakan di Sentosa, dibatalkan tanpa penjelasan pada 21 Februari.


Pengunjung yang telah membayar tiket untuk menyertai Pesta itu merungut di media sosial apabila acara yang ditunggu-tunggu dibatalkan. Reruai yang tersedia di situ juga tidak dikendalikan oleh peniaga, dan dibiarkan saja.

Seorang pengunjung yang telah berkongsi pengalamannya di TikTok ialah Cik Iffah Umairah Yusof, 25 tahun,yang telah membayar $50 setiap seorang untuk menyertai acara itu bersama suaminya. Menurut Cik Iffah beliau sudah berada di lokasi acara sejak 6 petang, dan mula beratur untuk acara yang sepatutnya bermula pada 7.30 petang.

Para peserta berharap mereka dapat melepaskan tanglung yang dinyalakan dengan lilin ke langit seperti yang biasa dibuat di Chiang Mai pada Festival Loi Krathong.

Acara yang dianjurkan oleh Asian Couture and Boutique itu gagal mendapatkan kelulusan yang diperlukan untuk melepaskan tanglung dengan nyalaan api ke langit, antara lain.

“Bila saya datang, saya lihat ada ramai yang beratur, jadi saya pun ikut beratur. Keadaan sewaktu itu kucar-kacir, tapi saya tidak mengendahkannya. Setelah 10 minit, saya terdengar ada orang memberitahu orang ramai bahawa acara itu telah dibatalkan kerana penganjur tidak dapat kelulusan dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF),” kata Cik Iffah kepada BH.







“Ramai yang tidak tahu acara itu telah dibatalkan, walaupun telah diberitahu oleh pegawai keselamatan. Sepatutnya penganjur beri pengumuman awal-awal lagi, tapi ini tidak. Saya sudah pun menghantar emel untuk mendapatkan wang saya kembali, tapi saya diberitahu, pulangan tidak dijaminkan,” tambah Cik Iffah lagi.

Walaupun acara dibatalkan, penganjur telah mengedarkan tanglung, pena dan lilin LED untuk para peserta gunakan dan mengikat tanglung mereka ke penghadang sekeliling kawasan Palawan Green, di mana acara diadakan. Mereka yang telah mengambil barang-barang itu diberitahu mereka tidak dapat pulangan wang mereka lagi.

Cik @Sarxhlim juga berkongsi di TikTok rasa kecewanya apabila acara itu tidak diteruskan.




@sarxh.lim

My fam and i just zao the vivo after hearing the announcement. Sorry but the event was such a major disappointment. I suspect it was a permit issue or smth. But Need to figure out how to refund now 😭😭😭 #fyp #sg #skylanternfestival

♬ original sound - sarxh.lim ⋆⭒˚。⋆ - sarxh.lim ⋆⭒˚。⋆



“Sewaktu berjalan di situ, saya perasan peniaga reruai juga sedang mengemas dan meninggalkan tempat itu. Dari situ, saya dapat tahu acara telah dibatalkan. Cuaca hari itu adalah baik, tidak hujan, jadi saya tidak pasti kenapa ia harus dibatalkan. Ini macam satu ‘scam’!” kata Cik @Sarxhlim di TikToknya yang ingin cuba mendapatkan wang kembali.

Pengguna @kokokrunch meninggalkan komen bahawa penganjur sudah membalas emelnya dan sedang dalam proses perbincangan tentang pulangan duit, dan akan menghubunginya dalam dua minggu.

Menjawab pertanyaan media, jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia memaklumkan penganjur acara tentang garis panduan keselamatan kebakaran pada 31 Oktober 2023, dan juga mengulangi keperluan untuk mematuhi peraturan ini beberapa kali menjelang acara itu.

Dua hari sebelum acara itu, penganjur acara menjalankan percubaan yang disifatkan tidak memuaskan kerana salah satu pelita yang dinyalakan menyebabkan kebakaran kecil di atas rumput tiruan, tambahnya.

Pada hari acara, SCDF juga mendapati garis panduan keselamatan kebakaran tidak dipatuhi semasa pemeriksaan.

Jurucakap itu menambah: “Mereka tidak menyediakan tambatan yang sesuai untuk tanglung langit, atau alat pemadam api atau pegawai keselamatan. Oleh itu, demi kepentingan keselamatan awam dan penerbangan, SCDF memaklumkan penganjur acara bahawa mereka tidak boleh menggunakan tanglung yang akan diterbangkan ke langit itu.”

Encik Steven Lau, pengarah Asian Couture and Boutique, pada 21 Februari berkata penganjur dimaklumkan pada awal pagi pada hari acara bahawa tanglung dengan api terbuka tidak boleh dilepaskan.

Beliau menambah bahawa pengumuman dibuat setiap 15 minit pada acara itu bahawa “disebabkan keadaan yang tidak dijangka”, tanglung tidak dapat diterbangkan, dan sebaliknya, tanglung, pena dan lampu LED akan diedarkan kepada pengunjung untuk menuliskan keinginan mereka.

Tanglung terbang yang berasal dari China dipercayai membawa tuah dan kemakmuran. Peserta boleh menuliskan keinginan mereka pada tanglung sebelum ia dilepaskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >