Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengunjung River Wonders ucap selamat tinggal kepada Le Le

Dec 13, 2023 | 5:26 PM
UCAP SELAMAT TINGGAL: Sekitar 1,000 pelawat berada di River Wonders pada 13 Disember untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Le Le, beruang panda yang dilahirkan di Singapura.
UCAP SELAMAT TINGGAL: Sekitar 1,000 pelawat berada di River Wonders pada 13 Disember untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Le Le, beruang panda yang dilahirkan di Singapura. - Foto ST

Senyuman mesra terukir di muka para pengunjung River Wonders melihat telatah beruang panda Le Le dalam kandangnya.

Seramai 1,000 pengunjung meluangkan masa pada 13 Disember untuk melawat Le Le di kandang pamerannya di Pavilion Capital Giant Panda Forest di River Wonders.

Hari itu merupakan hari terakhir orang ramai berpeluang menjenguk anak panda gergasi yang pertama bagi Singapura.

Dilahirkan pada 14 Ogos 2021 kepada pasangan beruang panda Kai Kai dan Jia Jia, Le Le sememangnya telah mencuri hati orang ramai dengan telatah comelnya itu. Bahkan, segelintir daripada pengikut Le Le sanggup mengunjung beruang panda itu di pamerannya setiap minggu.

AWAL-AWAL PAGI: Para pengunjung sibuk memetik gambar Le Le pada hari terakhirnya berpameran di River Wonders pada 13 Disember.
AWAL-AWAL PAGI: Para pengunjung sibuk memetik gambar Le Le pada hari terakhirnya berpameran di River Wonders pada 13 Disember. - Foto ST

Menyusuli penampilan awam terakhir pada 13 Disember, Le Le akan memulakan tempoh kuaratin selama empat setengah minggu, sebelum berangkat ke China pada 16 Januari 2024. Di sana, ia akan menyertai program pembiakan beruang panda di sana.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg