Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Peningkatan kematian dek nahas jalan raya membimbangkan: Faishal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peningkatan kematian dek nahas jalan raya membimbangkan: Faishal

Feb 21, 2024 | 04:30 PM



Peningkatan kematian akibat kemalangan jalan raya adalah suatu kebimbangan, terutamanya kerana warga tua dan penunggang motosikal kekal golongan paling terdedah, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Dalam satu catatan di Facebook mengulas statistik keselamatan jalan raya, Dr Faishal berkata pengurangan bilangan pelanggaran isyarat lampu merah dan kesalahan memecut adalah berita baik.

“TP (Polis Trafik) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan terhadap pengguna jalan raya tidak bertanggungjawab, termasuk mengaktifkan fungsi penguatkuasaan kelajuan dalam kamera lampu merah secara progresif dan dinamik.

“Saya merayu kepada kita semua supaya mengamalkan tingkah laku jalan raya bertanggungjawab,” tulis beliau, merujuk kepada laporan statistik tahunan yang dikeluarkan TP pada 20 Februari.

Menurut laporan itu, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya meningkat 25.9 peratus kepada 136 pada 2023, daripada 108 pada 2022.

Jumlah itu adalah yang tertinggi sejak 2016, apabila terdapat 141 kematian. Ia juga melebihi jumlah pra-Covid-19, iaitu 118 kematian pada 2019.

Laporan itu juga menunjukkan peningkatan dalam jumlah kemalangan maut melibatkan kesalahan memandu laju, memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar isyarat lampu merah.

Penunggang dan pembonceng motosikal membentuk separuh daripada semua kematian jalan raya, manakala pejalan kaki warga emas membentuk hampir 20 peratus.

Dalam kenyataannya, TP berkata terdapat peningkatan ketara dalam bilangan kemalangan berpunca daripada kegagalan pemandu menjaga pengawasan yang betul, mengawal kenderaan dengan betul, atau menukar lorong tanpa penjagaan sewajarnya.

Untuk mengatasinya, TP akan meningkatkan jumlah denda kompaun dan mata demerit bagi kesalahan lalu lintas tertentu.

Butiran lanjut akan diumum dalam masa terdekat.

Bilangan kes pelanggaran dek kelajuan yang dikesan oleh kamera penguatkuasaan trafik turun kepada 52,237 daripada 73,152 pada 2022. Namun, bilangan pelanggaran sedemikian yang dikesan oleh operasi penguatkuasaan polis yang lain meningkat 22 peratus kepada 63,468, daripada 52,016 pada 2022.

“Ini menunjukkan kamera kelajuan berkesan dalam menghalang kelajuan, dan pemandu memilih untuk memecut di lokasi yang mereka fikir tiada siapa memerhati,” kata TP.

Menyifatkan ini sebagai trend membimbangkan, TP berkata ia akan mengaktifkan fungsi penguatkuasaan kelajuan secara berperingkat dalam kamera lampu merah di seluruh Singapura untuk menghalang pemandu memandu laju di kawasan tiada kamera kelajuan statik.

Ini akan dilakukan terutamanya di lokasi lebih terdedah kepada kemalangan atau terdedah kepada pelanggaran peraturan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >