Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Penipuan atau peluang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penipuan atau peluang

Feb 13, 2024 | 11:56 AM



Terima tawaran kerja yang tidak jelas? Semak adakah ia…

DENGAN KERJASAMA PASUKAN POLIS SINGAPURA (SPF)







Kiriman WhatsApp yang diterima tanpa diduga pada Ogos lalu memberikan secebis harapan kepada Cik Nayela Deeba, yang telah menganggur selama lima bulan.

Pengirim itu mengenal pastikan dirinya sebagai ‘Samuel’ daripada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Newtonis Technologies. Beliau mendakwa bahawa Cik Deeba telah memohon jawatan melalui seorang perekrut, dan ingin memberi penerangan kepadanya mengenai tawaran pekerjaan itu. Beliau tidak menyatakan jenis pekerjaan yang ditawarkan.

Pada mulanya, Cik Deeba teruja.

“Saya mempunyai hampir tujuh tahun pengalaman dalam sektor teknologi, jadi saya fikir, saya akan mempunyai peluang yang baik untuk mendapatkan pekerjaan dalam industri yang sama,” katanya.

Wanita berusia 30 tahun itu telah diberhentikan kerja pada Mac 2023 oleh sebuah syarikat teknologi juga. Sejak itu, beliau tekun menghantar lebih 100 resume setiap bulan.


Ia satu proses yang melemahkan semangatnya.

“Saya hanya dihubungi kira-kira tiga syarikat sahaja,” katanya.

Namun, beliau memutuskan melakukan usaha yang wajar apabila menerima kiriman mesej WhatsApp. Beliau mula menyelidik Newtonis Teknologi.

“Dalam tempoh tersebut, saya teringat membaca banyak laporan mengenai penipuan pekerjaan pada tahun lalu dan saya mahu berhati-hati,” kata Cik Deeba.

_____________________________________________________________________________________________

Penipuan pekerjaan adalah jenis penipuan yang paling popular di Singapura pada separuh pertama 2023, iaitu 25.7 peratus daripada jumlah keseluruhan penipuan, menurut angka Pasukan Polis Singapura (SPF).

Terdapat 5,737 kes penipuan pekerjaan yang dilaporkan dari Januari hingga Jun 2023, meningkat daripada 2,944 dalam tempoh yang sama pada 2022.

_____________________________________________________________________________________________

Carian dalam talian mencetuskan syak wasangkanya: Laman web syarikat, yang disenaraikan pada profil LinkedInnya, tidak wujud.

Cik Deeba memutuskan mahu menyoal si pengirim.

“Adakah ini satu penipuan?” tanyanya.

‘Samuel’ bersikap defensif. Beliau menghantar tangkap layar apa yang kelihatan seperti daripada Penguasa Pendaftaran Perakaunan dan Korporat (Acra).

Setelah diperiksa dengan teliti, Cik Deeba mendapati bahawa nama syarikat dalam tangkapan skrin Acra bukanlah Newtonis Technologies, tetapi ‘Xtremax Pte Ltd’.

Beliau menyekat telefon nombor pengirim tersebut.

Usah terburu-buru
dan lindungi diri anda

Pengalaman Cik Deeba menyerlahkan kepentingan mengesahkan kesahihan sebarang peluang pekerjaan yang tidak dijangka.

Setelah mencari pekerjaan yang agak lama, mungkin tertarik untuk mencuba tawaran yang kelihatan menjanjikan (Cik Deeba akhirnya mendapat kerja di firma perunding).

Mangsa penipuan pekerjaan cenderung kepada warga muda.

Golongan muda di Singapura, berumur 20 tahun hingga 39 tahun, merupakan 50.8 peratus daripada jumlah keseluruhan mangsa penipuan pada separuh pertama 2023. Kebanyakan mangsa daripada kumpulan umur ini terperangkap dalam penipuan pekerjaan, penipuan e-dagang dan penipuan pancingan data.

Mengapa golongan muda lebih terdedah kepada penipuan pekerjaan?

“Ini mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti tidak biasa dengan proses pengambilan kerja, keinginan mendapatkan pekerjaan dan pendedahan digital yang lebih besar – mungkin meningkatkan kemungkinan mereka menghadapi dan menjadi mangsa penipuan apabila mereka tidak berwaspada,” kata Superintenden Polis Matthew Choo, penolong pengarah Pejabat Pendidikan Awam Penipuan, SPF.

Terdapat pelbagai jenis penipuan pekerjaan. Jenis yang paling biasa termasuk:

– Pekerjaan sebagai ‘ejen’ yang memerlukan anda memproses pemindahan dana menggunakan akaun bank peribadi anda, kemudian memindahkan wang tersebut melalui perkhidmatan perbankan dalam talian atau pemindahan wang seperti Western Union atau MoneyGram. Dengan melibatkan diri dalam pekerjaan ini, mangsa juga mungkin bertanggungjawab atas kesalahan yang berkaitan dengan pengubahan wang haram.

– Pekerjaan ‘pemasaran’ dengan anda diminta membayar untuk produk terlebih dahulu bagi meningkatkan jualan dan populariti produk di platform e-dagang sebagai balasan mendapat komisen.

– Pekerjaan ‘tugasan media sosial’ dengan anda diminta membantu meningkatkan populariti pempengaruh atau saluran dalam talian sebagai balasan mendapat komisen.

“Jika anda perlu membayar wang pendahuluan untuk sesuatu pekerjaan, ia berkemungkinan besar adalah satu penipuan,” kata Superintenden Polis Choo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >