Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penipuan pancingan data: Lebih 200 mangsa rugi $446,000

Jan 14, 2024 | 3:09 PM
PENIPUAN: 219 individu menjadi mangsa kepada penipuan pancingan SMS berkaitan bank, mengakibatkan kerugian sekurang-kurangnya $446,000.
PENIPUAN: 219 individu menjadi mangsa kepada penipuan pancingan SMS berkaitan bank, mengakibatkan kerugian sekurang-kurangnya $446,000. - Foto PASUKAN POLIS SINGAPURA (SPF)

Sekurang-kurangnya 219 orang menjadi mangsa penipuan pancingan SMS berkaitan bank dalam dua minggu pertama 2024, melibatkan kerugian sebanyak $446,000.

Menerusi satu kenyataan bersama pada 14 Januari, polis dan DBS Bank berkata terdapat peningkatan jumlah kes di mana penipu menyamar sebagai bank atau kakitangan bank sejak Disember 2023.

Mangsa diperdaya untuk klik pautan dalam SMS yang dihantar kepada mereka.

Dalam SMS itu, si penipu mendakwa mereka mewakili bank DBS atau POSB dan memberitahu mangsa bahawa terdapat percubaan tidak sah untuk mendapatkan akses kepada akaun bank DBS atau POSB mereka.

Si penipu kemudian menggesa mangsa agar klik pautan dalam SMS yang dihantar kepada mereka untuk mengesahkan identiti mereka dan menghentikan urus niaga terbabit.

Selepas mangsa klik link tersebut, mereka akan dibawa ke laman web DBS palsu dan diperdaya untuk memberi butiran perbankan internet serta Kata Laluan Sekali Sahaja (OTP), yang digunakan si penipu untuk mengeluarkan duit secara tidak sah.

Menurut polis dan DBS, semua bank tidak lagi memasukkan pautan yang boleh diklik dalam e-mel dan SMS mereka kepada pelanggan sejak awal 2022.

Ini merupakan antara langkah yang dilaksanakan bank untuk menangani jumlah tinggi kes penipuan pancingan data pada 2022.

Polis dan DBS antara lain menasihatkan orang ramai untuk memuat turun aplikasi ScamShield untuk melindungi diri mereka daripada panggilan dan SMS penipuan.

Orang ramai juga dinasihatkan mengaktifkan pengesahan dua faktor (2FA) dan pengesahan berbilang faktor serta menetapkan had bagi jumlah urus niaga perbankan internet mereka.

Menurut polis dan DBS, orang ramai juga harus sentiasa mengesahkan dakwaan ada masalah dengan akaun atau kad bank mereka dengan laman web dan atau sumber bank yang rasmi.

Mereka yang mengesyaki diri telah menjadi mangsa penipuan boleh hubungi talian penipuan DBS di 1800-339-6963 (dari Singapura) atau (+65) 6339-6963 kalau dari luar negara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg