Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Penipuan pancingan data: SPF kerjasama dengan Meta, Google

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penipuan pancingan data: SPF kerjasama dengan Meta, Google

Jan 10, 2024 | 04:25 PM



Pasukan Polis Singapura (SPF) sedang bekerjasama dengan Meta untuk menghentikan penyalahgunaan akaun WhatsApp yang dikompromi sejurus sahaja akaun sedemikian dikesan.

Ini setelah wujudnya kaedah penipuan pancingan data atau phishing baru-baru ini melibatkan WhatsApp, sebuah platform pemesejan.


Selain Meta, SPF juga bekerjasama dengan platform dalam talian, termasuk Google, untuk memperkenalkan perlindungan lebih kukuh untuk mengurangkan risiko pengambilalihan penipuan akaun pemesejan dalam talian, seperti melalui pengesanan awalan dan penyekatan URL yang dikaitkan dengan tapak pancingan data.

Demikian kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, sebagai menjawab soalan Anggota Parlimen, Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar).

Dr Wan Rizal bertanya langkah-langkah khusus yang diambil untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan orang ramai, terutama mengenai penggunaan platform pemesejan yang terkenal.

Cik Sun dalam jawapannya berkata, Akta Kemudaratan Jenayah Dalam Talian, yang akan beroperasi secara progresif mulai suku ini, akan membolehkan pemerintah mengarahkan platform pemesejan dalam talian untuk melumpuhkan akses kepada akaun yang disyaki terlibat dalam penipuan.

“Namun, pertahanan terbaik terhadap penipuan adalah orang awam yang berwaspada dan arif. Pemerintah telah menjalankan kempen menggalakkan orang ramai mengamalkan amalan siber yang baik,” kata beliau.

Tambahan pada itu, SPF juga kerap mengetengahkan jenis penipuan baru yang muncul serta langkah yang boleh diambil orang awam untuk melindungi diri mereka, tambahnya.

Dalam penipuan WhatsApp, pengguna WhatsApp yang cuba mengakses akaun WhatsApp mereka di komputer mengklik pada laman web pancingan data “WhatsApp Web” palsu.

Mereka kemudian telah mengimbas kod QR dalam laman web palsu itu menggunakan akaun WhatsApp pada telefon bimbit mereka.

Dengan berbuat demikian, mereka secara tidak sengaja memberikan penipu akses kepada akaun WhatsApp mereka.

Penipu kemudian menggunakan akaun WhatsApp yang dikompromi untuk menyamar sebagai pengguna dan menghubungi keluarga dan rakan pengguna, serta menyakinkan mereka untuk memindahkan wang ke akaun bank penipu atau melalui PayNow.

Dr Wan Rizal dalam soalan susulan bertanya hasil daripada inisiatif kerjasama dengan platform seperti Google.

Cik Sun berkata, platform yang bekerjasama dengan SPF telah “bertindak balas dengan pelbagai tahap kesegeraan“.

“Kami berhasrat bekerjasama lebih rapat dengan Meta dan ketengahkan kepada mereka bahawa mereka perlu lakukan lebih lagi. Mereka perlu beri respon yang lebih pantas kepada permintaan kami untuk lebih efektif dan cekap dalam mendapatkan semula akaun WhatsApp yang dikompromi serta melumpuhkan perkhidmatan jika ia digunakan bagi penipuan,” ujar Cik Sun.

Bagi Google pula, SPF mahu bekerjasama dengan mereka agar mereka lebih berkebolehan dalam mengesan pautan kepada laman web pancingan data, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >