Sempena ulang tahun ke-50, FairPrice Group (FPG) memperluaskan kempen Save Every Day (SEC) mereka untuk meliputi kesemua cawangan mereka, termasuk FairPrice, Finest, Xtra, WHC, Unity dan bisnes perkhidmatan pemakanan mereka, Kopitiam.
Kempen SEC ini telah bermula pada 15 Jun dan akan berterusan hingga 13 September 2023.
Liputan kempen yang lebih luas ini bertujuan untuk memperkukuhkan komitmen FPG untuk menyediakan diskaun dan kemudahan bagi pelanggan mereka yang berpelbagai.
FPG kekal memainkan peranan penting untuk membantu pelanggan mereka untuk berjimat dalam pembelanjaan keperluan seharian di tengah-tengah kos hidup yang meningkat.
Kupon-kupon yang disediakan boleh digunakan untuk pelbagai jenis barangan harian – daripada makanan, produk kecantikan dan kesihatan sehingga barangan perumahan daripada cawangan FPG, termasuk Kopitiam dan Unity.
Contoh barangan yang paling banyak ditebus adalah Yogurt Meiji, Serbuk Pencuci Dynamo, Tisu Fairprice, Minuman Pokka, Coklat Kinder Bueno dan lebih banyak lagi.
Untuk menikmati potongan harga dan menggunakan kupon-kupon tersebut, pelanggan hanya perlu melakukan langkah-langkah di bawah ini di aplikasi bimbit FPG :
Aplikasi itu akan memilih segala kupon yang boleh digunakan secara automatik dan kemudian, pelanggan boleh membuat bayaran.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg