Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penjual dakwa rugi $400 apabila durian dihantar tetapi tidak dibayar

Dec 17, 2024 | 2:18 PM
Sebanyak 10 kotak durian bernilai $400 telah dicuri semasa penghantaran.
Sebanyak 10 kotak durian bernilai $400 telah dicuri semasa penghantaran. - Foto PIXABAY

Sebuah kedai durian di Yishun mendakwa kerugian $400 apabila durian yang dihantar ke pelanggan tidak dibayar.

Pemilik perniagaan Durian Kaki, Encik Adam Ho, 29 tahun, berkongsi di Facebook bahawa kejadian itu berlaku pada 12 Disember.

Sekitar tengah hari itu, seorang pelanggan menghubungi Durian Kaki melalui WhatsApp dan mengatakan beliau ingin membuat pesanan untuk sebuah acara syarikat.

Pelanggan itu berlagak seperti pelanggan tetap dan berkata mereka memerlukan 10 kotak durian untuk disajikan kepada 15 orang.

Encik Ho mengesyorkan hanya enam kotak mencukupi untuk permintaan 15 orang tetapi pelanggan itu tetap mahukan 10 kotak.

Mereka juga sempat tawar-menawar dalam wadah WhatsApp untuk mendapatkan diskaun, dan Encik Ho memberikan harga terbaik memandangkan itu adalah pelanggan tetap mereka.

Durian Kaki akhirnya setuju dengan harga $40 sekotak bagi durian mao shan wang atau musang king, berjumlah $400 keseluruhannya.

Memandangkan Encik Ho menganggap pelanggan itu sebagai pelanggan tetapnya, beliau memutuskan untuk membenarkan pelanggan membayar selepas penghantaran.

Berkongsi dengan akhbar Shin Min, Encik Ho berkata biasanya syarikatnya itu tidak meminta bayaran penuh terlebih dahulu daripada pelanggan tetap. Pelanggan baru, sebaliknya, biasanya membayar sebelum penghantaran.

Pada jam 5.37 petang, penghantar durian tiba di flat HDB yang ditetapkan.

Bagaimanapun, penghantar itu melaporkan tempat itu kelihatan tidak berpenghuni dengan banyak risalah yang belum diambil di pintu pagarnya.

Encik Ho mengarahkan penghantar untuk menunggu seketika dan membawa semula durian tersebut pulang ke kedai jika tiada sesiapa yang mengambil atau membayarnya.

Beliau juga menghantar mesej kepada pelanggan yang telah mengesahkan bahawa unit itu berpenghuni.

Dalam tangkap layar daripada mesej Whatsapp yang dikongsikan oleh Encik Ho, pelanggan itu mendakwa dia sedang memandu dan akan tiba sebentar lagi.

Selepas menggantung beg di pintu dan memetik gambar, penghantar itu turun ke bawah untuk merokok.

Sekembalinya penghantar dalam sekitar 12 minit kemudian, beliau dapati kesemua 10 kotak durian itu telah lesap.

Setelah dimaklumkan, Encik Ho meminta e-pembayaran daripada pelanggan, yang berjanji akan berbuat demikian menjelang 7 malam.

Namun begitu, Durian Kaki tidak menerima sebarang bayaran.

Encik Ho berasa curiga dan meminta pembeli itu melunaskan bayaran di samping mengancam untuk menghubungi polis.

Kali ini, pelanggan itu menyekatnya di WhatsApp. Menyedari dirinya telah ditipu, Encik Ho melaporkan kejadian itu kepada polis.

Laman Facebook Durian Kaki dalam satu hantaran pada 13 Disember, mengatakan mereka “patah hati” apabila pelanggan mengambil kesempatan atas kepercayaan mereka untuk menipu.

“Sebagai sebuah kedai durian kecil, kami menghargai setiap hubungan dan melayan pelanggan kami seperti keluarga. Ini tidak pernah kami jangkakan,” menurut catatan itu.

Durian Kaki memberi amaran kepada kedai lain mengenai penipu itu, mendakwa kecurian itu dirancang dan dilaksanakan dengan baik.

Perniagaan itu berkata walaupun pengalaman itu pahit, mereka tidak akan kehilangan kepercayaan terhadap pelanggan tetap dan pelanggan baru mereka.

“Kami percaya pada kebaikan orang,” menurut catatan itu lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg