Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penolong pengurus stesen teman pelajar sekolah rendah hingga ke sekolah

Sep 19, 2023 | 7:02 PM
PASTIKAN KESELAMATAN: Encik Muhammad Farhan Mohammad menemani pelajar Sekolah Rendah St. Mageret’s, Gwen Tan, dari Stesen Bendemeer hingga Stesen Mattar untuk ke sekolahnya.
PASTIKAN KESELAMATAN: Encik Muhammad Farhan Mohammad menemani pelajar Sekolah Rendah St. Mageret’s, Gwen Tan, dari Stesen Bendemeer hingga Stesen Mattar untuk ke sekolahnya. - Foto FACEBOOK/SBS TRANSIT LTD

Sedia berkhidmat, tidak kira usia mahupun darjat.

Demikian sifat yang dipaparkan Penolong Pengurus Stesen SBS Transit Ltd, Encik Muhammad Farhan Mohammad.

Dalam satu catatan Facebook syarikat itu pada Ahad (17 September), seorang pelajar berusia enam tahun sesat semasa waktu sibuk pada sebelah pagi, di Stesen Bendemeer.

Pelajar itu, Gwen Tan, sedang dalam perjalanan ke sekolahnya di Sekolah Rendah St. Margeret’s bersama kakaknya apabila mereka terpisah.

Dia kemudian menghampiri Encik Farhan bagi meminta bantuan.

Tidak mahu pelajar itu membuat perjalanan berseorangan dan setelah mengesahkan sekolah itu terletak dalam jarak yang dekat, Encik Farhan menemaninya ke Stesen Mattar – iaitu dua stesen selepas Stesen Bendemeer – dan menghantarnya terus ke sekolah.

Pelajar itu kemudian disambut oleh gurunya berdekatan dengan sekolah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg