Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Program KidSTART diperluas ke seluruh negara jelang 2025

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Program KidSTART diperluas ke seluruh negara jelang 2025

Jan 26, 2024 | 04:45 PM



Program KidSTART, yang menyediakan sokongan dalam pemakanan berkhasiat dan strategi keibubapaan, akan diluaskan ke sembilan lagi bandar menjelang 2025.

Ini bermakna lebih ramai kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah akan dibantu sepanjang dua tahun ini menerusi program yang memberi sokongan terhadap pertumbuhan mereka.

Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, mengumumkan hal ini pada 26 Januari.

Dengan peluasan program ini, 80 peratus kanak-kanak yang layak daripada setiap kohort kelahiran akan menerima sokongan apabila mencecah usia enam tahun.

Sejauh ini, program KidSTART telah memanfaatkan 8,500 kanak-kanak merentasi 15 bandar.

Pada akhir 2024, enam bandar – Hougang, Sengkang, Serangoon, Punggol, Pasir Ris dan Tampines – akan menjadi sebahagian daripada daya usaha KidSTART.

Pada 2025, Queenstown, Clementi dan Jurong East akan disertakan, sekali gus melengkapi jangkauan ke serata negara.

KidSTART, yang memberi sokongan kepada kanak-kanak sehingga berusia enam tahun, juga bercadang untuk menjangkaui lebih banyak keluarga yang sedang mengandung sebagai sebahagian daripada pendekatan yang disemak semula.

Dalam kenyataannya, Ketua Eksekutif KidSTART Singapore, Cik Rahayu Buang, berkata sokongan di tahun-tahun awal akan memberi kesan berpanjangan terhadap pembesaran kanak-kanak.

“Keluarga sering memberi keutamaan kepada perkembangan kanak-kanak selepas kelahiran mereka, tetapi (sebaiknya) ia harus bermula dari peringkat kehamilan lagi.

“Ibu hamil yang menyertai KidSTART boleh menjalani pemeriksaan kesejahteraan fizikal dan mental mereka serta mendapatkan bimbingan tentang cara menjaga bayi... daripada pasukan KidSTART di hospital,” kata Cik Rahayu.

Program ini ditawarkan di Hospital Universiti Nasional (NUH) dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) apabila ibu-ibu menghadiri pemeriksaan antenatal mereka.

Cik Rahayu menambah, selepas kanak-kanak itu dilahirkan, pengamal KidSTART sepenuh masa akan memberikan sokongan di rumah kepada keluarga mengenai strategi perkembangan kanak-kanak seperti kemahiran bahasa.

Kajian yang ditauliahkan oleh Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) telah menunjukkan kesan positif program itu ke atas keluarga, kata Cik Sun.

“(Menurut kajian itu) kanak-kanak berusia tiga tahun dalam KidSTART menunjukkan perkembangan sosial-emosi yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak terlibat dalam program tersebut,” tambah beliau.

Program KidSTART yang dirintis pada 2016 telah menyediakan sokongan kepada lebih 8,500 keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai anak kecil berusia sehingga enam tahun dan tersedia dalam 15 kawasan di Singapura pada masa ini.

Model perkhidmatan KidSTART baru yang menugaskan seorang pengamal kepada setiap keluarga, membantu pengamal dan keluarga membina hubungan lebih mendalam, memastikan sokongan tekal lebih baik antara mereka, jelas Cik Rahayu.

KidSTART, yang kini mempunyai 140 pengamal yang bekerja dengan keluarga, akan mengupah 100 lagi pengamal pada 2024 untuk menyokong pengembangannya.

Menjelang 2026, ia menyasarkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 400 pengamal secara keseluruhan.

Selain itu, penyepaduan antara KidSTART dan Comlink+ juga memastikan keluarga dengan pelbagai keperluan dapat memperoleh pelbagai perkhidmatan termasuk KidSTART dengan lebih mudah dan lancar melalui satu penyedia perkhidmatan.

Peluasan itu akan disokong oleh perkongsian antara 12 agensi, termasuk KidSTART Singapore, NUH, KKH dan sembilan agensi perkhidmatan sosial, bersama-sama rakan kongsi masyarakat dan korporat.

Menekankan harapannya, Cik Sun berkata:

“Apabila kanak-kanak dibesarkan dalam suasana rumah yang dipenuhi dengan kasih sayang ibu bapa yang yakin dan mendapat sokongan daripada pengalaman prasekolah berkualiti selama bertahun-tahun, mereka membentuk asas yang kukuh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

“Selaras dengan gerakan Melakar Hala Tuju Singapura (Forward SG), KidSTART memperkasakan ibu bapa, memberikan mereka pengetahuan dan kemahiran untuk menyokong perkembangan anak-anak dengan lebih baik.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >