Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Penting perbaharui dan perkukuh komitmen terhadap Pertahanan Mutlak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penting perbaharui dan perkukuh komitmen terhadap Pertahanan Mutlak

DPM Wong lancar Latihan SG Bersedia libatkan simulasi serangan ke atas S’pura 
Feb 15, 2024 | 05:49 PM



Pertahanan Mutlak telah memainkan peranan dalam memastikan Singapura kekal selamat dan membimbing rakyat mengharungi pelbagai cabaran, termasuk pengganasan, krisis kewangan dan pandemik, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.

Dengan kerjasama rakyat Singapura dalam memainkan peranan dan sentiasa bersatu, negara ini berjaya mengatasi cabaran tersebut dan muncul lebih kuat, tambah beliau.

“Itulah inti pati Pertahanan Mutlak,” kata Encik Wong dalam sebuah mesej video khas untuk memperingati ulang tahun ke-40  Hari Pertahanan Mutlak pada 15 Februari.

Encik Wong menegaskan bahawa Pertahanan Mutlak masih memainkan peranan penting dalam fasa lanjut pembangunan negara ini.

Ini disebabkan persekitaran luar yang menjadi semakin kompleks dan tidak menentu, kata beliau.

Meskipun perkembangan berlaku jauh dari Singapura, Encik Wong berkata “ia secara tidak langsung mempunyai kesan kepada kita kerana kita begitu tersambung dan berhubung dengan dunia”.

Beliau menambah ancaman keselamatan sedia ada seperti pengganasan tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan mula reda. 

“Kita juga perlu berdepan dengan ancaman baru seperti serangan siber yang lebih canggih dan kempen maklumat yang ganas, serta kesan perubahan iklim yang semakin meningkat.

“Atas dasar itu, adalah penting bagi kita memperbaharui dan memperkukuhkan lagi komitmen kita terhadap Pertahanan Mutlak,” kata Encik Wong.







Sebagai sebahagian daripada Acara Memperingati Hari Pertahanan Mutlak 2024 pada 15 Februari, Encik Wong melancarkan Latihan SG Bersedia yang diadakan buat julung-julung kalinya. 

Diadakan hingga 29 Februari, lebih 500 pertubuhan seperti sekolah dan pejabat akan mengambil bahagian dalam latihan Pertahanan Mutlak itu dengan simulasi serangan ke atas Singapura. 

Bekalan elektrik, air dan makan atau ketersambungan digital juga akan disekat selama dua minggu akan datang. 

Encik Wong berkata matlamat latihan itu adalah meningkatkan kesediaan rakyat Singapura bagi menghadapi sebarang krisis dan gangguan.

Beliau menggesa orang ramai supaya menggunakan peluang ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang ancaman yang ada, memikirkan sama ada kita bersedia menanganinya dan mengamalkan langkah yang perlu diambil apabila ia berlaku.

Semasa berucap, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, yang merupakan tetamu terhormat pada pelancaran Latihan SG Bersedia, berkata apabila masalah di sekitar Singapura atau global meningkat, Pertahanan Mutlak menjadi lebih relevan.

Menarik perhatian tentang ketegangan yang berlaku di Eropah dan Timur Tengah, Dr Ng berkata kejadian ini mengajar Singapura supaya sentiasa bersyukur kerana generasi terdahulu dan sekarang telah mengekalkan Pertahanan Mutlak sehingga hari ini.

Beliau menambah: “Dalam masa krisis, kita memerlukan semua enam tonggak Pertahanan Mutlak – iaitu tentera, sosial, sivil, psikologi, ekonomi dan pertahanan digital – untuk kekal kukuh dan selamat sebagai sebuah negara.”

Dr Ng berkata Pertahanan Mutlak perlu menjadi usaha kolektif dan berterusan oleh semua rakyat Singapura dalam masa senang dan susah.

“Jika kita boleh berbuat demikian, Singapura dapat terus kekal bebas, kukuh dan selamat. Apa yang berlaku pada 15 Februari 1942, apabila negara kita menyerah kalah, tidak akan berlaku lagi,” tegasnya.

Orang ramai boleh mendapat maklumat lebih lanjut mengenai masa dan lokasi berhubung Latihan SG Bersedia melalui laman SGReadyGoWhere.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >