Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penting sediakan makanan seimbang bagi kanak-kanak

Jan 6, 2019 | 4:20 PM
BICARA KESIHATAN: Encik Amrin (berbaju biru) bersama peserta sesi Jom Bual-Bual Kesihatan anjuran Berita Harian dan Lembaga Penggalakkan Kesihatan di Heartbeat@Bedok.
BICARA KESIHATAN: Encik Amrin (berbaju biru) bersama peserta sesi Jom Bual-Bual Kesihatan anjuran Berita Harian dan Lembaga Penggalakkan Kesihatan di Heartbeat@Bedok. - Foto HPB

TABIAT memakan makanan sihat perlu dipupuk dari kecil lagi, bahkan seawal peringkat bayi.

Berkongsi panduan di sesi Jom Bual-Bual Kesihatan anjuran Berita Harian dan Lembaga Penggalakkan Kesihatan (HPB) hari ini (6 Januari) di Heartbeat@Bedok, pakar pemakanan, Cik Tan Chiao Hsia, berkata penjaga kanak-kanak, tidak kira ibu bapa mahupun datuk nenek, memainkan peranan dalam memupuk sifat ingin makan makanan sihat seperti sayur-sayuran.

Itulah antara tip yang dikongsi di sesi yang disertai kira-kira 50 peserta yang telah memulakan hari itu dengan kegiatan berjalan pantas bersama Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin.

Cik Tan turut menegaskan bahawa makanan yang disediakan bagi kanak-kanak perlu seimbang.

Cik Hamidah Sulaiman, 66, tahun, antara yang hadir buat acara itu.

Nenek 16 cucu itu berkata ilmu yang ditimbanya amat memanfaatkan.

"Ini pertama kali saya hadir sesi sebegini. Saya gembira kerana dapat idea tentang pemakanan budak-budak yang boleh dikongsi dengan anak dan menantu," ujar ibu tiga anak itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg