Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Penting S’pura punya dasar luar aktif, baik dengan negara lain

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penting S’pura punya dasar luar aktif, baik dengan negara lain

Jan 26, 2024 | 07:00 PM



Sebagai sebuah negara kecil, adalah penting bagi Singapura untuk mempunyai dasar luar aktif yang membolehkan republik ini menyatakan pandangan dan mencari jalan untuk mengekalkan hubungan dengan negara lain, kata Presiden Tharman Shanmugaratnam pada 26 Januari, hari terakhir lawatan luar negaranya ke Brunei.

Beliau berkata demikian sedang kededua negara meluaskan kerjasama dua hala ke bidang-bidang baru dan menggalakkan satu sama lain untuk mempercepatkan usaha dalam meneroka projek yang inovatif dan saling memanfaatkan, seperti dalam tenaga boleh diperbaharui dan kewangan digital.







“Ia adalah masa yang sangat tidak menentu di seluruh dunia. Bukan sahaja di rantau ini disebabkan pilihan raya, tetapi saya fikir secara global, ia adalah masa yang tidak menentu dan rapuh.

“Dunia semakin terhakis dan berpecah-belah. Sebagai negara kecil, kita boleh menyatakan pandangan kita, berpegang pada prinsip kita, tetapi kita perlu belajar untuk berinteraksi dengan negara lain ketika mereka sedang berkembang,” jelas Encik Tharman.

Bercakap kepada media sebelum berlepas pulang ke Singapura, Encik Tharman berkata hubungan istimewa antara Brunei dengan Singapura tidak bergantung pada pertimbangan strategik atau kepentingan bersama, sebaliknya ia bergantung pada hubungan peribadi.

“Hubungan istimewa yang terjalin antara Brunei dengan Singapura diasaskan atas hubungan antara mendiang Encik Lee Kuan Yew dan Seri Begawan (Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien)… dan ia telah diperbaharui sejak itu oleh pemimpin Singapura berturut-turut.

“Oleh itu, hubungan peribadi adalah sangat penting. Hubungan antara pemimpin politik, hubungan rakyat dengan rakyat, hubungan perniagaan, ini semua sangat penting kerana pada akhirnya, ia adalah hubungan berdasarkan saling mempercayai,” ujar Encik Tharman.

Beliau menambah bahawa Program Pemimpin Muda (YLP) merupakan wadah utama untuk pasukan pemimpin generasi keempat (4G) Singapura bagi memperkukuh hubungan istimewa antara Brunei dengan Singapura.

Encik Tharman juga menegaskan bahawa sebagai Presiden, beliau berhasrat untuk kekal aktif dalam memajukan kepentingan Singapura di luar negara.

Menyentuh tentang pindaan yang dilakukan kepada Perlembagaan Singapura yang membolehkan Presiden Singapura menyumbang secara bebas kepada pertubuhan antarabangsa dalam kedudukan peribadinya, Encik Tharman berkata pelantikannya dalam pertubuhan antarabangsa seperti Suruhanjaya Global mengenai Ekonomi Air dan Forum Ekonomi Dunia (WEF), ialah demi kepentingan Singapura.

“Lawatan yang saya lakukan setakat ini (sejak pindaan Perlembagaan) ialah sebagai Presiden dan juga dalam kedudukan peribadi, di mana saya mempengerusikan pelbagai badan antarabangsa dan seumpamanya, tetapi itu adalah untuk meneruskan tugas presiden saya,” jelas Encik Tharman.

Selain bercakap dengan media pada hari terakhir lawatan luar negaranya ke Brunei, Encik Tharman mengunjungi Taman Mahkota Jubli Emas sekitar 7.30 pagi bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dan mengambil bahagian dalam kegiatan menanam pokok getah atau Ficus Burgundy.


Encik Tharman tiba di Brunei pada 24 Januari untuk melakukan lawatan luar negara pertamanya sejak menyandang jawatan sebagai Presiden Singapura.

Semasa lawatannya, beliau ditemani isterinya, Cik Jane Ittogi Shanmugaratnam; Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee; Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang; dan Anggota Parlimen, Cik Mariam Jaafar dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >