Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sambutan penuh istiadat bagi Presiden Tharman di Brunei

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan penuh istiadat bagi Presiden Tharman di Brunei

Jan 24, 2024 | 07:30 PM



Presiden Tharman Shanmugaratnam kini berada di Bandar Seri Begawan, Brunei, untuk lawatan negara pertamanya sebagai Presiden atas undangan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Lawatan Encik Tharman, yang berlangsung selama tiga hari dari 24 hingga 26 Januari, juga bertepatan dengan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Brunei dengan Singapura, memperkukuhkan hubungan istimewa yang lama terjalin antara kedua-dua negara.

Beberapa jam setelah Encik Tharman tiba di Brunei, beliau berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat Singapura yang terdiri daripada kira-kira 400 warga Singapura yang menetap dan bekerja di sini dalam satu resepsi di Kelab Polo Diraja Brunei.

Dalam ucapannya semasa resepsi itu, Encik Tharman berkata masyarakat Singapura di Brunei merupakan anggota penting dan menyumbang kepada negara walaupun mereka jauh dari tanah air.

“Anda (masyarakat Singapura) sangat penting dalam membina imej Singapura dalam semua perkara yang anda lakukan, sama ada di tempat kerja, menjalankan perniagaan, meluangkan masa bersama keluarga, dan bagaimana anda mengaitkan diri dengan rakyat Brunei.

“Pengalaman anda di sini juga memperkayakan Singapura kerana anda membangunkan perspektif baru terhadap Singapura dan dunia,” ujar Encik Tharman.

Ketibaan Encik Tharman di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 24 Januari disambut mesra oleh beberapa menteri Brunei termasuk Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Dato Amin Liew.

Pada 25 Januari, Encik Tharman dijadual diberikan sambutan istiadat apabila mengadakan pertemuan dengan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.

Beliau kemudian bakal mengunjungi kem latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Lakiun, serta menghadiri Majlis Jamuan Negara atas undangan Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Lawatan negara terakhir Singapura ke Brunei dilakukan oleh mantan Presiden Halimah Yacob pada 2018. Sama seperti Encik Tharman, lawatan tersebut juga merupakan lawatan negara pertama Puan Halimah sebagai Presiden.

Semasa lawatannya ke Brunei, Encik Tharman ditemani isterinya, Cik Jane Ittogi Shanmugaratnam; Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee; Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang; dan Anggota Parlimen, Cik Mariam Jaafar dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.

Pegawai daripada Pejabat Presiden, Kementerian Ehwal Luar (MFA), Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Kementerian Pendidikan (MOE) juga menyertai delegasi Singapura itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >