Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenulis ‘The Architecture of Love’ kongsi proses kreatif 20 tahun, galak penulis tempatan lebih berani
Penulis ‘The Architecture of Love’ kongsi proses kreatif 20 tahun, galak penulis tempatan lebih berani
Penulis ‘The Architecture of Love’ kongsi proses kreatif 20 tahun, galak penulis tempatan lebih berani
Penulis muda yang berminat untuk berkarya tetapi kurang yakin untuk berkongsi kisah mereka, tanpa mengira usia, tahap pendidikan, jantina mahupun latar belakang sosial, berpeluang menimba ilmu daripada penulis Indonesia, Ika Natassa, yang mempunyai hampir 20 tahun pengalaman dalam bidang penulisan, menerusi satu siri kuliah pada 28 November.
Dianjurkan oleh Yayasan Warisan Melayu (YWM) dan berlangsung di Taman Warisan Melayu (TWM) dari 11 pagi hingga 1 petang, siri kuliah ‘Siri Cendekiawan Lestari – Edisi Nusantara’ itu akan dikendalikan oleh Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Azhar Ibrahim Alwee.