Penunggang basikal 18 tahun maut dalam kemalangan di Yishun
Penunggang basikal 18 tahun maut dalam kemalangan di Yishun
Jul 13, 2023 | 4:02 PM
PEMANDU BAS DITAHAN: Seorang penunggang basikal maut dalam nahas di simpang Yishun Avenue 2 dan Yishun Ring Road ini. Seorang pemandu bas ditahan kerana disyaki memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian. - Foto ST
Seorang penunggang basikal berumur 18 tahun maut satu dalam kemalangan di Yishun pada Rabu.
Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Seorang pemandu bas lelaki, 37 tahun, ditahan kerana disyaki memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian.
Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan di simpang Yishun Avenue 2 dan Yishun Ring Road itu sekitar 6 petang.
Gambar kemalangan yang tersebar dalam talian menunjukkan mangsa ditutup dengan khemah biru di belakang bas yang kelihatan seperti bas persiaran.
Polis berkata siasatan masih dijalankan.
Laporan berkaitan
Pekerja maut dilanggar trak di tapak pembinaan JurongJul 12, 2023 | 8:09 PM
3 warga S’pura cedera dalam nahas maut di lebuh raya M’siaJul 10, 2023 | 8:05 PM

