Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penunggang basikal maut dalam langgar lari di Nicoll Highway; pemandu ditangkap

Dec 21, 2023 | 5:20 PM
LANGGAR LARI: Seorang penunggang basikal terkorban setelah dilanggar kereta di Nicoll Highway pada 19 Disember
LANGGAR LARI: Seorang penunggang basikal terkorban setelah dilanggar kereta di Nicoll Highway pada 19 Disember - Foto GOOGLE MAPS

Seorang penunggang basikal berusia 45 tahun meninggal dunia selepas satu kemalangan langgar lari di Nicoll Highway pada 19 Disember.

Menurut Pertahanan Awam Singapura (SCDF), mangsa telah dibawa ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Lelaki itu tidak sedarkan diri apabila dibawa ke hospital dan kemudian meninggal dunia di sana, kata polis apabila dihubungi Berita Harian (BH).

Polis berkata mereka dimaklumkan pada 5.07 pagi tentang kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan basikal di Nicoll Highway, menghala ke Guillemard Road.

Pemandu, seorang lelaki berusia 33 tahun, kemudian ditangkap kerana memandu dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian, tambah polis. Siasatan sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg