Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Penunggang motosikal dilanggar bas elak cedera serius, kini dirawat di hospital

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang motosikal dilanggar bas elak cedera serius, kini dirawat di hospital

Jan 10, 2024 | 03:07 PM



Seorang penunggang motosikal yang dilanggar sebuah bas dari belakang pada pagi 8 Januari di Clementi terselamat daripada mengalami kecederaan serius.

Encik Firdaus Hatta Mohammed, seorang kapten kereta api SMRT berusia 33 tahun ditimpa kemalangan itu ketika dalam perjalanan untuk menemui ibunya di hospital bagi satu sesi janji temu.

Beliau kini dirawat di Hospital Universiti Nasional Singapura (NUH) selepas mengalami kecederaan ringan.

Ini termasuk kesakitan yang dialami pada tulang belakang dan bahunya, serta tangan kanannya yang bengkak selain mengalami beberapa kesan luka.

“Syukur selepas melalui pemeriksaan X-ray, doktor cakap tak ada apa-apa yang patah. Mungkin ada otot dan urat sahaja ‘tertarik’,” kata Encik Firdaus kepada Berita Harian (BH).


Kemalangan itu menarik perhatian orang ramai yang menonton beberapa video mengenainya yang tular di media sosial.

Ia menunjukkan Encik Firdaus dilanggar sebuah bas dari belakang, menyebabkan beliau tercampak dari motosikal hingga mengenai tingkap belakang sebuah kereta di hadapan. Tingkap kereta itu pecah akibat kejadian tersebut.







Polis, dalam kenyataannya, berkata kepada BH bahawa mereka menerima panggilan mengenai kemalangan di persimpangan antara Clementi Avenue 6 dengan Commonwealth Avenue West yang melibatkan sebuah bas, kereta dan motosikal itu pada 7.15 pagi.


Seorang pemandu bas lelaki berusia 72 tahun sedang membantu polis dalam siasatan.

Encik Firdaus pula dihantar ke hospital dalam keadaan sedar dan siasatan sedang berjalan, kata polis.







Seorang saksi, Encik Ramli Abdullah, 49 tahun, yang telah membantu Encik Firdaus selepas kejadian, berkata beliau berada dalam keadaan sedar meskipun mengalami kesesakan nafas susuli kemalangan itu.

Ambulans tiba sekitar lima minit kemudian, katanya dalam satu kiriman di WhatsApp.

Encik Firdaus berkata rata-rata keadaannya baik dan beliau bakal menjalani beberapa imbasan bagi menentukan keadaan kesihatannya.







Menurut Encik Firdaus lagi, kejadian itu berlaku ketika beliau sedang dalam perjalanan untuk menemani ibunya bagi satu sesi janji temu di NUH selepas tamat syif malam kerja.

Mengimbas kejadian itu, beliau berkata: “Saya baru sahaja melalui satu persimpangan dan sedang perlahankan motosikal bila kereta depan berhenti. Tiba-tiba saya tercampak ke hadapan dan kemudian saya dapati diri saya sudah terbaring di permukaan jalan raya. Di situ saya rasa sesak bila hendak bernafas dan terpekik sebab terasa sakit.”

Encik Firdaus berkata pemandu kereta di depan pada ketika itu telah keluar daripada kenderaannya untuk menghulurkan bantuan.

“Mujur tiada apa-apa yang serius,” kata Encik Firdaus lagi. “Kos rawatan dan kerosakan motosikal juga dilindungi pihak insurans.”

Kemalangan itu berlaku menyusuli beberapa kemalangan lain melibatkan pengendali kenderaan yang dipandu warga senja.


Pada 5 Januari, seorang pemandu kereta wanita berusia 73 tahun, dibawa ke hospital Tan Tock Seng (TTSH) selepas kereta yang dipandunya terbabas di pemisah jalan raya di Serangoon Central.


Pada 6 Januari pula, seorang pemandu teksi, 67 tahun, ditangkap kerana memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian, selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Robertson Quay, yang mengorbankan seorang wanita, 75 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >