Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penunggang motosikal maut dalam nahas libatkan lori di PIE

Apr 24, 2024 | 6:35 PM
Penunggang motosikal itu, berusia 26 tahun, disahkan meninggal dunia oleh seorang paramedik SCDF.
Penunggang motosikal itu, berusia 26 tahun, disahkan meninggal dunia oleh seorang paramedik SCDF. - Foto FACEBOOK/SGROADSACCIDENTCOM

Seorang penunggang motosikal lelaki terkorban dalam satu kemalangan melibatkan kenderaannya dan sebuah lori di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada pagi 24 April.

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka menerima panggilan sekitar 10.15 pagi berkenaan kejadian itu yang berlaku di PIE menuju ke Ekspreswe Kranji (KJE) selepas laluan keluar ke Jalan Bahar.

Penunggang motosikal itu, berusia 26 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang paramedik, kata SCDF.

Satu video pasca nahas itu dimuat naik dalam laman Facebook, SingaporeRoadsaccidentcom yang menunjukkan dua daripada tiga laluan di ekspreswe itu dikepung.

Satu khemah polis biru turut dilihat di jalan raya itu berhampiran sebuah motosikal yang kelihatan terjatuh di atas jalan raya.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg