Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Van terbabas ke lorong bertentangan ECP, tiada kecederaan dilaporkan

Nov 11, 2023 | 11:59 AM
KEMALANGAN: Sebuah van terbabas dan merempuh pembahagi jalan di East Coast Parkway (ECP) pada 10 November.
KEMALANGAN: Sebuah van terbabas dan merempuh pembahagi jalan di East Coast Parkway (ECP) pada 10 November. - Foto: SG ROAD VIGILANTE

Tiada kecederaan dilaporkan selepas sebuah van terbabas merentasi tiga lorong lebuh raya dan merempuh pembahagi jalan East Coast Parkway (ECP) pada Jumaat. 

Ketika dihubungi, polis berkata mereka dimaklumkan sekitar 5 petang Jumaat mengenai kemalangan yang melibatkan dua van dan sebuah kereta di ECP menujur ke arah Changi. 

Dalam satu video yang disiarkan dalam kumpulan Facebook Sg Road Vigilante, sebuah van berwarna cerah dilihat bergerak di lorong paling kiri di ECP.

Ia kelihatan bergerak lebih laju daripada kenderaan lain. 

Ketika ia menghampiri kenderaan yang bergerak perlahan di hadapannya, van itu membelok ke kanan, dan bergerak di pertengahan antara kenderaan yang bergerak perlahan itu dengan sebuah van lain di lorong tengah. 

Van berwarna cerah itu kemudian memotong ke lorong paling kanan dan berlanggar dengan tanaman yang bertindak sebagai pembahagi jalan di tengah lebuh raya itu. 

Satu gambar dalam video menunjukkan van dengan bahagian depannya remuk dan sebuah kereta berhenti di hadapannya dengan but yang terbuka. 

Siasatan polis sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg