Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Penunggang penghantaran, staf Deliveroo rai warga emas Darul Takrim

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang penghantaran, staf Deliveroo rai warga emas Darul Takrim

Mar 15, 2024 | 07:30 PM



Lebih 60 penunggang dan kakitangan syarikat penghantaran Deliveroo Singapore merai penghuni Rumah Warga Tua Jamiyah Darul Takrim dengan berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib bersama mereka pada 15 Mac.

Daya usaha tersebut, yang dinamakan Deliveroo #byyourside, turut menyaksikan penunggang dan pekerja Deliveroo itu meluangkan masa mengagihkan makanan dan melakukan kegiatan ramah-tamah bersama 100 warga emas itu.

Naib presiden 3 Jamiyah, Encik Siraj Salman, berkata pihaknya berasa amat berbesar hati dengan komitmen dan kerjasama Deliveroo itu.

“Daya usaha Deliveroo #ByYourSide ini menunjukkan semangat belas kasihan dan menggalakkan penyertaan dalam masyarakat.

“Ia membawa kegembiraan dan hubungan bermakna kepada penghuni warga emas kami dan memupuk semangat kekitaan serta mengingatkan mereka tentang nilai mereka dalam masyarakat.

“Kami berharap untuk meneruskan perkongsian ini dan memberi kesan positif kepada kehidupan mereka yang berada di bawah jagaan kami,” kata beliau.

Meskipun dianjurkan sempena Ramadan, daya usaha itu juga terbuka kepada penghuni Darul Takrim yang tidak berpuasa, membolehkan mereka berkumpul dengan penghuni lain dan penunggang Deliveroo sebagai satu masyarakat.

Justeru itu, sukarelawan tersebut berada di Darul Takrim sejak awal petang untuk membantu menyediakan hidangan, mulai 5 petang.

Seorang penunggang Deliveroo yang menyertai kegiatan itu, Cik Nur Naila Lee Abdul Rahim, 36 tahun, berkata beliau bersyukur mendapat peluang menyumbang kepada masyarakat.

“Ini adalah kali pertama saya menjadi sukarelawan bersama Deliveroo dan saya sangat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada daya usaha yang bermakna ini.

“Saya sentiasa mahu mendekatkan diri dan menyumbang kepada golongan yang memerlukan, jadi ini adalah peluang terbaik untuk berbuat demikian.

“Seronok dapat berkenalan dengan warga emas di Rumah Warga Tua Jamiyah,” ujar Cik Nur Naila Lee.

Deliveroo Singapore telah berganding bahu bersama rakan masyarakat serta pertubuhan Melayu/Islam tempatan selama beberapa tahun untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

Pada 2023, ia menyambut ketibaan Ramadan dengan kegiatan sedemikian secara penuh buat kali pertama sejak sekatan jarak sosial pandemik Covid-19 ditarik balik menerusi acara #ComingBackTogether.

Semasa kegiatan itu, 60 penunggang Deliveroo bekerjasama dengan Masjid Darul Makmur dalam penyediaan dan pengagihan makanan dalam dulang bersama kakitangan masjid dan sukarelawan, yang dikongsi dengan lebih 1,000 jemaah masjid itu selama empat hari.

Pada 2022 dan 2021, Kempen Heroes to Heroes dan Delivering Smiles dilancarkan oleh Deliveroo Singapore bersama Pusat Pekerja Migran dan badan amal lain untuk mengagihkan lebih 7,600 hidangan iftar.


Pengurus Besar Deliveroo Singapore, Encik Jason Parke, berkata beliau berbesar hati bagi kesempatan memberi impak yang positif kepada masyarakat itu.

“Kerjasama kami dengan Rumah Warga Tua Jamiyah, Darul Takrim tahun ini adalah yang pertama, dan pastinya bukan yang terakhir, untuk kami libatkan diri dengan warga emas kerana mereka juga merupakan anggota penting dalam masyarakat kita,” kata Encik Parke.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >