Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penutupan jalan, kawalan ketat bagi acara di Infinite Studios di One-North

Polis akan jalankan pemeriksaan keselamatan terhadap semua kenderaan yang masuk premis pada 17 Apr
Apr 16, 2025 | 6:49 PM
Polis akan menjalankan pemeriksaan keselamatan terhadap semua kenderaan yang memasuki premis Infinite Studios pada 17 April.
Polis akan menjalankan pemeriksaan keselamatan terhadap semua kenderaan yang memasuki premis Infinite Studios pada 17 April. - Foto TANGKAP LAYAR GOOGLE MAPS

Polis akan menjalankan satu operasi keselamatan di Infinite Studios, 23 Media Circle, di kawasan One-North pada 17 April.

Dalam satu kenyataan pada 16 April, polis berkata ia akan menjalankan pemeriksaan keselamatan terhadap semua kenderaan yang memasuki premis itu pada hari tersebut, dan menasihatkan orang ramai agar mematuhi semua arahan.

Mereka yang tidak mematuhi arahan tersebut akan dikenakan tindakan tegas disebabkan kebimbangan keselamatan, tambahnya.

Polis tidak memberikan maklumat lanjut mengenai acara yang akan berlangsung pada 17 April.

Aturan trafik dan tempat letak kenderaan akan disediakan agar acara pada hari itu berjalan lancar.

Pemandu dinasihatkan agar mengelakkan Media Walk, Portsdown Road (antara Media Circle dengan Infinite Studios), dan One-North Avenue (dari persimpangan Media Circle ke arah Portsdown Avenue), dan sebaliknya menggunakan laluan alternatif berikut:

* Stars Avenue diikuti Portsdown Road untuk sampai ke Media Circle

* Stars Avenue untuk menuju ke Portsdown Road

* Ayer Rajah Crescent untuk menuju ke Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) 

Jalan raya dan lorong berikut akan ditutup kepada kenderaan dari 11 malam pada 16 April hingga 9 malam pada 17 April:

* One-North Avenue (antara Portsdown Avenue dengan Media Circle/Media Link, ke arah Portsdown Avenue), termasuk: jalan susur ke Portsdown Avenue, dan jalan susur dari Media Circle

* Media Circle (dari tiang lampu 11F/persimpangan Media Circle ke tiang lampu 18F)

* Media Walk (dari tiang lampu 1F hingga 6F)

* Portsdown Road (antara Media Circle dengan tiang lampu 66)

* Media Link (dari tiang lampu 9, selepas Ayer Rajah Crescent, ke persimpangan One-North Avenue; dua lorong kanan di jalan raya empat lorong yang menuju ke Media Circle)

Hanya kenderaan yang dibenarkan, polis dan kenderaan kecemasan dibenarkan memasuki kawasan itu semasa penutupan jalan raya tersebut.

Polis dan Pegawai Polis Tambahan (APO) akan dikerahkan ke kawasan tersebut untuk membantu dan mengarahkan trafik, lapor The Straits Times.

Disebabkan tempat letak kenderaan terhad di Infinite Studios, orang ramai digalak menggunakan pengangkutan awam atau memilih pengangkutan lain seperti teksi dan khidmat tempahan pengangkutan.

Beberapa perkhidmatan bas turut terjejas.

Pada 17 April, dari waktu bermulanya perkhidmatan bas hingga 9 malam, Perkhidmatan 191 SBS Transit tidak akan berhenti di dua perhentian bas disebabkan penutupan jalan raya itu. Perhentian bas yang terjejas terletak:

* Di hadapan Infinite Studios (18211) di Portsdown Road

* Di hadapan Mediacorp Campus (18201) di Media Circle

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg