Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenutupan jalan sempena NDP bermula 25 Julai
Penutupan jalan sempena NDP bermula 25 Julai
Penutupan jalan sempena NDP bermula 25 Julai
Pemandu kenderaan dinasihatkan supaya menjangkakan penutupan jalan dan kelewatan lalu lintas pada 25 Julai berikutan pertunjukan Pendidikan Kebangsaan (NE) dan persembahan awal Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2026.
Penutupan itu akan menjejas laluan utama menuju ke dan sekitar Stadium Negara, tapak pertunjukan NE ketiga dan persembahan awal pertama.
Penutupan akan dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan antara 7 pagi hingga 11 malam, menurut kenyataan polis pada 23 Julai.
Hanya kenderaan yang dibenarkan, serta kenderaan polis dan kecemasan, boleh memasuki kawasan itu.
Pegawai polis, polis bantuan, pegawai keselamatan dan marshal Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan ditempatkan di persimpangan tertentu bagi membantu dan mengarahkan pemandu.
Jalan berikut akan ditutup dalam lima fasa pada 25 Julai.
Pada fasa pertama, dari 7 pagi hingga 11 malam, jalan ditutup ialah Stadium Drive, jalan susur Stadium Drive ke Stadium Boulevard, jalan susur Stadium Boulevard ke Stadium Drive, laluan gelung Stadium Boulevard, laluan gelung Jalan Benaan Kapal.
Pada fasa kedua, dari 2 petang hingga 11 malam, jalan ditutup ialah Nicoll Highway menuju Guillemard Road, Nicoll Highway menuju Esplanade Drive, tiga lorong kiri Guillemard Road menuju Nicoll Highway, jalan susur Mountbatten Road ke Nicoll Highway, jalan susur dari bulatan Stadium Drive ke Nicoll Highway.
Fasa ketiga pada 3 petang hingga 11 malam, melibatkan penutupan Tanjong Rhu Place, manakala fasa keempat pada 5 petang hingga 11 malam melibatkan Jalan Benaan Kapal, Stadium Crescent, Stadium Walk, dua lorong kanan Stadium Way menuju Stadium Walk, serta jalan susur dari Stadium Crescent ke Stadium Walk.
Pada fasa kelima, dari pukul 6 petang hingga 11 malam, jalan yang akan ditutup ialah Kallang Airport Way menuju Stadium Road, jalan susur dari Sims Way ke Kallang Airport Way, lorong kanan Kallang Airport Drive menuju Kallang Airport Way, lorong kiri Stadium Drive menuju Stadium Walk, serta lorong kanan Stadium Drive menuju Stadium Road.
Polis turut memaklumkan kemungkinan berlaku kelewatan lalu lintas di Stadium Drive, Stadium Boulevard, Stadium Walk, Stadium Crescent, Jalan Benaan Kapal, Nicoll Highway, Guillemard Road, Sims Way, Mountbatten Road dan Tanjong Rhu Road.
Pemandu dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan mengelakkan laluan tersebut. Orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam.
Sekatan tempat letak kenderaan akan dikuatkuasakan dengan tegas, dan kenderaan yang diletakkan secara haram atau menghalang lalu lintas akan ditunda.
Orang ramai boleh menghubungi pihak penganjur di talian 1800-637-2026 untuk maklumat lanjut.