Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Penutupan SA bagi semua, elak wujudkan jurang generasi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penutupan SA bagi semua, elak wujudkan jurang generasi

Mar 04, 2024 | 08:34 PM



Langkah mengekalkan Akaun Khas (SA) Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi anggota berusia 55 tahun ke atas – dan pada masa sama menutup akaun itu bagi anggota lebih muda sepertimana yang dirancang – akan mewujudkan jurang antara generasi.

Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, menambah bahawa pencarum CPF yang terjejas dek perubahan itu pula terdiri daripada golongan “lebih berada”.

Beliau berkata demikian di Parlimen pada 4 Mac semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementeriannya.

Menurut Dr Tan, hanya 8,400 pencarum daripada “golongan berpendapatan tinggi” itu terjejas dan tidak dapat memindahkan simpanan SA sepenuhnya ke dalam Akaun Persaraan (RA).

Ini merupakan kurang 1 peratus daripada semua pencarum yang berusia 55 tahun ke atas.

“Dalam erti kata lain, lebih 99 peratus pencarum CPF berusia 55 tahun ke atas hari ini boleh memindahkan semua simpanan SA ke RA untuk terus meraih faedah jangka panjang lebih tinggi dan menerima bayaran yang lebih tinggi selepas persaraan, jika mereka mahukannya,” katanya.

Saranan mengekalkan SA bagi mereka yang berusia 55 tahun ke atas diutarakan Cik Foo Mee Har (GRC West Coast) semasa perbahasan Belanjawan sebelum ini.

Cik Foo merupakan salah seorang Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan pembangkang yang telah menimbulkan keprihatinan mengenai penutupan SA bagi anggota berusia 55 tahun ke atas.

Langkah tersebut, yang berkuat kuasa mulai 2025, diumumkan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dalam menyampaikan Belanjawan 2024 pada 16 Februari.

Apabila akaun itu ditutup, simpanan dalam SA akan dipindahkan ke RA sehingga mencapai Jumlah Persaraan Penuh, sementara bakinya akan dipindahkan ke Akaun Biasa (OA).

Dr Tan akur bahawa sekitar 720,000 anggota dengan baki SA yang boleh dikeluarkan “mungkin mengalami sedikit kerugian dari segi mudah tunai”.

Pencarum boleh memilih mengekalkan baki tersebut dalam OA, namun dengan kadar faedah yang lebih rendah.

“Kerugian” yang mungkin dialami adalah sekitar $3 sebulan, atau $30 setahun.

Mereka juga boleh memilih membuat pelaburan selamat melalui wadah Skim Pelaburan CPF, atau menokok RA bagi menerima bayaran persaraan lebih tinggi.

Mereka juga boleh memilih mengeluarkan wang tersebut bagi pelaburan di luar sistem CPF.

Dr Tan menekankan bahawa sistem CPF direka memenuhi keperluan persaraan pencarumnya, serta membantu dalam keperluan rumah dan kesihatan, kata Dr Tan.

“Meskipun sistem ini berubah, matlamat asasnya untuk memenuhi keperluan persaraan, perumahan dan kesihatan kekal untuk semua warga Singapura,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >