Penyalaan lampu rentas budaya di Telok Ayer raikan keharmonian tiga sambutan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyalaan lampu rentas budaya di Telok Ayer raikan keharmonian tiga sambutan

Feb 10, 2026 | 8:14 PM

Penyalaan lampu rentas budaya di Telok Ayer raikan keharmonian tiga sambutan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Humanity Matters, Tahun Baru Cina, Lent, Ramadan
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad (dua dari kanan), menyertai para pemimpin agama daripada pelbagai badan keagamaan (dari kiri) Paderi Edmund Koh, Encik Arif Sulaiman, Duta Ong Keng Yong dan Sami Lee Zhiwang di acara penyalaan lampu rentas budaya dan agama sempena tiga sambutan keagamaan yang berbeza. - Foto BH oleh DESMOND WEE

Bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina, Lent (upacara masyarakat Kristian), dan Ramadan secara berurutan pada Februari, pertubuhan kemanusiaan Humanity Matters telah berganding dengan badan-badan agama (Taoist Mission, Singapore Yu Huang Gong, Masjid Al-Abrar dan Gereja Telok Ayer Chinese Methodist) untuk mengadakan acara penyalaan lampu yang merentasi budaya.

Acara yang diadakan di kuil Yu Huang Gong di Telok Ayer pada 10 Februari itu melambangkan semangat meraikan kemajmukan budaya dan kewujudan bersama antara pelbagai agama di Singapura.

Walau dicitrakan sebagai negara majmuk yang mengandungi kerencaman budaya dan agama, nilai kebersamaan dan kohesif itu tetap kukuh terpateri sebagai identiti Singapura.

Nilai dan identiti inilah yang ingin ditonjolkan melalui acara penyalaan lampu yang menerangi kawasan Telok Ayer – dari Telok Ayer Street, Amoy Street, Boon Tat Street hingga ke Lau Pa Sat.

Sekitar 150 pemimpin agama dan masyarakat serta anggotanya telah turun padang untuk meraikan musim sambutan perayaan masing-masing yang dikongsi pada tempoh yang sama.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad, turut hadir ke acara penyalaan lampu itu sebagai tetamu kehormat.

Dalam ucapannya, beliau berkata: “Kerjasama ini merupakan hasil kepercayaan yang telah terbina antara pemimpin agama, badan kemasyarakatan, dan turut disokong oleh pemerintah yang percaya akan kepentingan hubungan rapat antara agama yang berbeza.”

Encik Zaqy menekankan bahawa acara penyalaan lampu di Telok Ayer sempena sambutan tiga perayaan bukanlah satu kebetulan.

Bahkan, ia merupakan satu detik yang jarang berlaku tatkala tiga sambutan budaya dan agama berbeza saling bertindan dan kelompok masyarakat memilih untuk meraikannya bersama.

“Kala kita menyalakan lampu di Telok Ayer, kita diingatkan bahawa harmoni itu tidak diwarisi. Malah, ia diamalkan setiap hari melalui rasa kepercayaan, hormat dan tanggungjawab bersama,” tegas Encik Zaqy.

Penyalaan lampu yang menerangi kawasan Telok Ayer, dari Telok Ayer Street, Amoy Street, Boon Tat Street hingga ke Lau Pa Sat melambangkan semangat kemajmukan budaya dan kewujudan bersama antara pelbagai agama di Singapura.
Penyalaan lampu yang menerangi kawasan Telok Ayer, dari Telok Ayer Street, Amoy Street, Boon Tat Street hingga ke Lau Pa Sat melambangkan semangat kemajmukan budaya dan kewujudan bersama antara pelbagai agama di Singapura. - Foto BH oleh DESMOND WEE

Di samping itu, badan-badan yang terlibat telah bersama-sama mengedarkan bekalan perayaan seperti buah oren, kurma, pasta dan oat kepada beberapa rumah tumpangan kanak-kanak.

Usaha itu bersempena dengan Project Hallow, projek tahunan anjuran Humanity Matters yang berfokus kepada kerja kemasyarakatan silang agama.

Bercakap tentang Project Hallow, Pengerusi Humanity Matters, Duta Ong Keng Yong, menekankan dalam ucapannya:

“Project Hallow berkolaborasi dengan Pertapis, Canossaville dan Muhammadiyah untuk menyumbang bekalan perayaan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.”

“Ini merupakan satu kesempatan yang baik untuk menghidupkan semangat keprihatinan warga Singapura dengan cara kolaboratif, sekali gus menekankan nilai-nilai yang dikongsi sama untuk tujuan baik bersama,” tambah Encik Ong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg